suria

Peniaga pengotor! Wanita loya tekak jumpa gumpalan dedak saiz bola pingpong dalam ayam panggang

Dedak yang masih terdapat pada ayam panggang dibeli seorang wanita.

MAKANAN siap dimasak merupakan pilihan utama segelintir individu kerana mudah, sedap dan berkualiti.

Namun seorang wanita dikejutkan dengan penemuan gumpalan sisa makanan seperti dedak di bahagian tembolok ayam panggang yang dibelinya dari sebuah premis di Bangi, Selangor pada Jumaat.

Bahkan saiznya dianggarkan sebesar bola pingpong.

Pada gambar yang dikongsikan turut terselit resit pembelian ayam berkenaan dengan nilai RM16.

ARTIKEL BERKAITAN: Geli tengok ulat gemuk-gemuk dalam burger daging! Ramai syak kedai makan R&R jual makanan lama

"Salam, tadi (malam 23 Mei) saya tapau ayam dekat Seksyen 7, Bangi. Balik rumah belah dan jumpa dedak ayam seketul besar dalam tu.

"Maknanya mereka (peniaga) tak basuh ayam tu, dia letak rempah terus grill," luahnya yang membeli ayam panggang dari francais makanan segera jenama terkenal.

Kecewa dengan hal itu, dia turut membuat tanda pagar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada posting berkenaan, seolah-olah mahu tindakan tegas diambil.

Warga maya turut berkongsi pengalaman membeli di francais terbabit.

Warga maya turut berkongsi pengalaman membeli di francais terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mendakwa mereka juga pernah berdepan pengalaman hampir sama termasuk ayam dibeli berbau hanyir.

"Saya pernah beli ayam di situ, tak lalu makan... sangat-sangat hanyir.

"Teruk sangat ni, proses di kilang ayam yang besar seperti mereka sepatutnya tak terjadi perkara begini sampai boleh terlepas kawalan kualiti.

"Maksudnya pengendalian makanan mereka meragukan terutama aspek kebersihan. Kena buat pemeriksaan di dapur utama mereka," demikian pandangan warga maya.

Bagaimanapun, segelintir netizen lagi meluahkan rasa kehairanan dan sukar mempercayai hantaran yang dibuat wanita ini kerana ayam panggang itu berada di dalam bekas kitar semula dan bukan seperti kebiasaan dijual di premis yang didakwa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain