JODOH, pertemuan merupakan aturan yang Maha Esa.
Bagaimanapun, berkahwin di usia muda adalah pilihan masing-masing, apatah lagi zaman sekarang ramai yang mendirikan rumah tangga kerana mengejar 'trend'.
Maka tidak hairanlah apabila ada individu tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya seperti kisah yang dikongsikan wanita ini.
Seorang lelaki perlu memikul tanggungjawab besar selepas berkahwin. -Gambar hiasan
"Umur 15 tahun berhenti sekolah, tergedik nak kahwin.
"Mak ayah bagi duit belanja kahwin... umur 16 tahun minta motosikal Y16 atau Y15 dekat mak ayah," ujarnya berkongsi kisah yang disaksikan sendiri.
Menurut wanita ini, meskipun telah mendirikan rumah tangga dan diberikan pula kemudahan pengangkutan, namun pasangan terbabit tidak melakukan sebarang pekerjaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita syukur hidup bahagia walau kahwin buat 'personal loan' 20K... Bakal pengantin diminta tak contohi pasangan ini
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat duit zakat tapi ada barang kemas, sakan melancong... Wanita terkejut kenalan terima bantuan hidup senang
Malah kedua-duanya memilih untuk tinggal bersama ibu bapa tanpa cuba hidup berdikari.
Lebih menyedihkan apabila segala keperluan dan kehendak masing-masing ditanggung oleh ibu dan bapa yang telah berusia.
Masa mak ayah ada, puak-puak ni mendabik dada berjalan keliling kampung, apabila meninggal, habis tanah dijual murah-murah.
WARGA MAYA
"Makan, minum, pakaian dalam, utiliti semua mak ayah yang bayarkan.
"Dah beranak pinak pun masih 'dibela' oleh mak ayah dia juga sampaikan si ayah terpaksa bawa Grab di usia 65 tahun dan kerja pengawal keselamatan pada sebelah malam," tambahnya.
Bercerita lanjut, ujar wanita ini, pasangan terbabit yang kini berusia 35 tahun, akhirnya memohon bantuan zakat selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.
Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan situasi tersebut.
Malah katanya, permohonan tersebut dibuat kerana tiada siapa yang dapat menanggung segala keperluan harian mereka dan anak-anak.
Tambahnya lagi, situasi seumpama itu sering disaksikan di kawasan-kawasan perkampungan dan pedalaman.
Hantaran yang dibuat itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
Apa yang menyedihkan apabila ramai menyalahkan ibu dan bapa pasangan tersebut kerana gagal mendidik anak tentang tanggungjawab.
"Kenapa mak ayah dia tak didik betul-betul tentang apa itu tanggungjawab?
"Sebab itu zakat tak bagi kalau masih muda walaupun miskin papa kedana, boleh kerja tapi pemalas.
"Masa mak ayah ada, puak-puak ni mendabik dada berjalan keliling kampung, apabila meninggal, habis tanah dijual murah-murah.
"Itu belum lagi buka cerita alasan kahwin sebab nak elak maksiat, tapi kahwin buat macam couple, dah bosan bercerai. Selepas bercerai, kahwin lain dan semua anak longgok rumah mak ayah," demikian luahan warga maya.