suria

Muka sembam ke lantai, hidung berdarah! Wanita geram anak dibuli masa bermain… Ibu pelaku pula sombong, langsung tak pandang

Anak-anak perlu didik dengan rasa empati dan sayang menyayangi. -Gambar hiasan

LUMRAH setiap ibu bapa pastinya akan menyayangi anak dengan sepenuh jiwa.

Namun, sayang itu biarlah berpada-pada dan jangan sehingga percaya sepenuhnya dengan apa yang disampaikan mereka.

Seorang wanita meluahkan rasa geram terhadap sikap ibu kepada kanak-kanak yang menyebelahi anaknya tanpa menyiasat perkara sebenar.

Buli memberi kesan trauma berpanjangan kepada mangsa. -Gambar hiasan

"Jadi mak ayah jangan jadi bodoh apabila dengan anak. Jangan dengar bulat-bulat apa anak cakap.

"Dalam satu kejadian tu, anak saya main dengan anak siapa entah. Dia ambil bantal dari dalam rumah, tiba-tiba budak tadi rampas. 

"Dia bukan ambil perlahan-lahan tapi kasar dengan rentap daripada tangan anak saya," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pembuli hantar mesej meruntun jiwa, rendah diri mohon maaf... Malu anak jadi pencuri - “Dia tak layak sekolah di mana-mana”

ARTIKEL BERKAITAN:Disepak ketika turun tangga, ibu geram anak darjah 6 dibuli... Tak cukup surat layang panggil sundal, dimalukan di TikTok

Katanya, lebih menyakitkan hatinya sebagai seorang ibu adalah anaknya tersembam ke lantai sehingga hidung berdarah dan dahi bengkak.

"Syukur gigi tak patah. Ramai saksi dalam rumah tu. Mak budak tadi dengan acah speaking tanya anak dia... what happened?.

"Budak tu jawab... I don't do anything mom. Mak budak tu percaya cakap anak dia.

"Lepas tu suruh anak dia duduk jangan main dengan anak saya lagi," katanya.

Dia patut ajak anak dia untuk tolong dapatkan ais, buat rawatan dan didik anak rasa empati.

NETIZEN

Apa yang dikesalkan pengadu ialah ibu kanak-kanak terbabit langsung tak memandangnya dan tiada ucapan maaf.

"Saya dengan suami cepat-cepat cari ais dan bawa anak duduk luar dan tenangkan dia. Semua orang tengok apa jadi. Anak menangis tak henti," katanya.

Katanya lagi, beberapa minggu kemudian mereka sekeluarga ke majlis perkahwinan anak saudara suaminya.

"Ada makcik jumpa suami dan mohon maaf bagi pihak perempuan tu dan anaknya.

"Saya tetap tak puas hati walaupun ada wakil minta maaf sebab bukan perempuan tu dan anaknya sendiri yang minta maaf," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Netizen yang membaca nukilan itu berpandangan wanita yang diceritakan itu telah menunjukkan contoh tidak baik kepada anaknya.

"Dia patut ajak anak dia sekali untuk tolong dapatkan ais, buat rawatan dan didik anak rasa empati dan tolong.

"Budak-budak sekarang tak macam dulu. Ayat budak-budak tak pandai menipu tu dah tak boleh pakai.

"Jika asas adab pun tiada, tak payah jadi mak lah. Geram betul baca ni," kata warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain