suria

Susah dapat kerja walau ada sijil kemahiran, wanita hampiri usia ‘3 series’ nekad ambil SPM… Dulu tercicir, kini masa ‘upgrade’ diri

Tahap pendidikan adalah perkara penting dalam permohonan kerja. -Gambar hiasan

PENGALAMAN hidup adalah guru terbaik bagi sesiapa sahaja.

Seperti wanita ini, dia meluahkan hasrat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas menyedari kepentingannya dalam mencari pekerjaan.

Berkongsi cerita, wanita berusia 27 tahun ini berkata, dia hanya memiliki sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kerana berhenti sekolah semasa berada di tingkatan empat.

Kebanyakan pekerjaan menjadikan taraf SPM sebagai syarat kelayakan pendidikan.

Kebanyakan pekerjaan menjadikan taraf SPM sebagai syarat kelayakan pendidikan. -Gambar hiasan

"Saya berhenti sekolah pada usia 16 tahun, tak ada SPM," ujarnya memulakan cerita.

Dia yang ingin memperbaiki taraf hidup kemudiannya cuba mendapatkan pandangan sama ada masih layak untuk menduduki SPM atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hantar mesej meruntun jiwa, rendah diri mohon maaf... Malu anak jadi pembuli, mencuri - “Dia tak layak sekolah di mana-mana”

ARTIKEL BERKAITAN: Ijazah dah cukup! Wanita pesan jangan belajar tinggi, majikan tak minat... Tiada pengalaman, terlebih layak punca susah dapat kerja

Ia berikutan dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan meskipun mempunyai kemahiran dalam bidang diceburi.

"Boleh ke saya ambil SPM persendirian, bukan untuk sambung belajar. Kena ambil sebab saya suka keluar rumah cari kerja.

Tahniah, awak buktikan walaupun tercicir mampu lawan perasaan tu untuk terus ke hadapan.

WARGA MAYA

"Ambil SPM persendirian ni sebab nak upgrade diri, saya seorang pelajar tercicir di sekolah. Terus melompat sambung belajar kemahiran kos jahitan dan rekaan fesyen," tambahnya.

Malah katanya, dia mula sedar sijil SPM bukan sahaja diperlukan untuk memohon kerja kerajaan bahkan satu kemestian bagi sektor swasta.

Warga maya memberi kata-kata perangsang kepadanya.

Warga maya memberi kata-kata perangsang kepadanya.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang memujinya kerana ingin memperbaiki taraf pendidikan dengan menduduki SPM meskipun usia sudah menjangkau 27 tahun.

"Tahniah, awak buktikan walaupun tercicir mampu lawan perasaan tu untuk terus ke hadapan. Orang macam ni kami mahu untuk pelapis generasi baru.

"Untuk SPM awak perlu bayar RM150 dan kena kerja keras untuk belajar. Masuk kelas tusyen supaya awak dapat guide yang betul dan faham cara jawab soalan peperiksaan nanti.

"Semoga dipermudahkan urusan dan dapat keputusan cemerlang.

"Boleh je ambil SPM, rujuk PPD (pejabat pendidikan daerah) untuk lebih terperinci," demikian perkongsian warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain