suria

Mentang-mentang mentua baik, menantu jadikan kuli! Wanita bidas kaum sendiri goyang kaki balik kampung suami

Menantu tidak sepatutnya goyang kaki apabila pulang ke rumah mentua. -Gambar hiasan

TIDAK semua mereka yang bergelar menantu mampu memberikan kasih sayang kepada ibu dan bapa mentua seperti mana dicurahkan kepada ayah serta emak sendiri.

Namun, setiap menantu perlulah menjaga hati dan menunjukkan sikap prihatin terhadap mentua lebih-lebih lagi apabila berada di rumah mereka.

Melontarkan pandangan berhubung perkara ini, seorang wanita berkata pada zaman sekarang bagai sudah menjadi kelaziman dalam kalangan menantu yang enggan melayan mentua.

Menantu perlu bijak mengambil hati mentua. -Gambar hiasanMenantu perlu bijak mengambil hati mentua. -Gambar hiasan

"Sekarang banyak bab menantu tak wajib layan mentua, menantu tak wajib buat kerja dekat rumah mentua.

"Satu je la nak cakap, jadi menantu biar ada otak. Benda common sense patutnya boleh fikir. 

"Jadi selama duduk rumah mentua satu kerja pun tak buat la sebab (status) menantu?" luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua jenis suka buat ‘rombongan’ bercuti, menantu dipaksa kumpul duit awal-awal… Dilarang bantah, wajib ikut sekali!

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu berhenti ambil hati mak mentua, 20 tahun layan baik langsung tak dihargai! Siap buat ‘drama’ pagi raya

Katanya, disebabkan wujud sikap demikian khususnya dalam kalangan wanita, ada ibu bapa yang masih menyediakan makan minum anak lelaki mereka walaupun sudah beristeri.

"Makan minum, mentua yang dah tua kena fikir dan sediakan untuk anak laki tu dari pagi ke malam.

"Periuk kuali mentua tu dah sedia, makan pun haram ke (menantu) nak tolong siapkan? Tak boleh betul la dengan orang tiada otak ni.

"Balik rumah mentua, lepas tangan," kata wanita berkenaan.

Bukan suruh sental tandas mentua.

WANITA

Jelasnya, sebagai wanita mereka perlu lebih prihatin dan berkelakuan seperti berada di rumah ibu bapa sendiri apabila pulang ke kampung mentua.

"Sepatutnya macam mana kita kat rumah mak kita, macam tu la kita kat rumah sesiapa. Jangan la pemalas sangat.

"Bukan la nak suruh terlampau berkhidmat tapi tengok orang tua berhempas pulas tu tolong la. Tolong mana yang mampu," katanya.

Menurut wanita itu, dia hanya membangkitkan tentang pertolongan kecil, bukannya perkara besar yang sukar untuk dilakukan atau sehingga menyusahkan diri.

"Kita cakap bab common sense, benda kecil bukan suruh sental tandas mentua. Jangan tersakiti sangat.

"Kalau mentua kulikan menantu kita pun lari, tapi ni kita cakap menantu kulikan mentua. Jenis ambil kesempatan," katanya.

Reaksi netizen

Antara reaksi netizen

Bagaimanapun, netizen berpandangan sebaliknya apabila mendedahkan bahawa mereka sebenarnya lebih rajin di rumah mentua berbanding kediaman ibu bapa sendiri.

"Kita kat rumah mak malas, rumah mentua rajin.

"Yang penting orang tak burukkan mak kita tak pandai didik anak kat luar," kata seorang netizen.

Namun ada juga warga maya memaklumkan memang ada menantu bersikap demikian.

"Mak aku pun ada menantu datang macam tetamu tak tolong sangat, dibuat musuh kami adik beradik," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain