suria

Wanita dipotong gaji gara-gara MC 3 hari... Sijil cuti sakit klinik kerajaan tak laku, HR persoal status kesihatan staf

Sesetengah HR mempersoalkan MC pekerjanya. -Gambar hiasan

SETIAP pekerja berkelayakan untuk diberi cuti sakit dalam jumlah tertentu mengikut tempoh perkhidmatan.

Maka tidak hairanlah apabila jabatan pengurusan sumber manusia (HR), mempersoalkan tahap kesihatan pekerja yang menerima sijil cuti sakit (MC) melebihi tempoh sepatutnya seperti hantaran seorang wanita yang tular di media sosial ini.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, individu dipercayai pihak majikan cuba mendapatkan kepastian sama ada pekerjanya tidak boleh melakukan kerja atau sebaliknya.

Ia berikutan, wanita ini diberikan cuti sakit selama tiga hari oleh sebuah klinik kesihatan milik kerajaan di Kuala Lumpur.

Sijil cuti sakit diperoleh dari sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur.

"Sampai tiga hari MC, memang tak boleh nak kerja langsung atau macam mana sebenarnya?" aju individu yang dipercayai pihak majikan.

Cuba mempertahankan diri, wanita ini menyatakan tempoh tersebut bukanlah atas permintaannya.

"Saya tak request pun cuti sakit, doktor sendiri bagi," luahnya membalas pertanyaan.

Pada masa sama, dia turut menghantar gambar sijil cuti sakit yang memaparkan rekod dan pengesahan daripada klinik kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang HR banyak masa intai sosial media staf, ragu-ragu surat MC doktor - “Masa kerja sakit, malam sihat walafiat”

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga

Dia yang enggan mengulas lanjut berhubung situasi dialami berkata, gajinya dipotong susulan sijil cuti sakit yang diterima.

Malah dia yang menghidap kemurungan dan anxiety mendakwa turut diberikan surat amaran daripada pihak syarikat.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Kebanyakannya mempertikaikan kredibiliti pihak HR yang sewenang-wenangnya memberikan surat amaran dan memotong gaji pekerja berikutan MC yang diterima diiktiraf secara rasmi.

Saya kena buang kerja semasa MC, sekarang tengah lawan di Mahkamah Perusahaan.

WARGA MAYA

Tambahan pula, ia dikeluarkan klinik kesihatan milik kerajaan.

"MC kerajaan ni macam kita beli emas tau, bukan main susah nak dapat. Memang betul nazak baru dapat, bukan MC beli... mesti HR yang mesej tu.

"Boleh lapor pada pejabat buruh, tu MC kerajaan, ingat main-main ke?

"Kalau MC kerajaan kena amaran dan potong gaji, tolong upah peguam, memang auto HR tu letak jawatan terus sebab apa yang mereka buat tu salah.

Warga maya meluahkan rasa terkejut dan berkongsi pengalaman dengannya.

Warga maya meluahkan rasa terkejut dan berkongsi pengalaman dengannya.

"MC kerajaan boleh beli juga ke? Kalau tak boleh kenapa bos tak percaya, dah la nak dapatkan tu bukan main payah," demikian luahan warga maya.

Dalam pada itu, beberapa individu berkongsi pengalaman yang sama sehingga ada yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

"Dulu masa awal kehamilan anak pertama, saya alami pendarahan dan terus ke klinik kesihatan. Doktor buat pemeriksaan dan bagi MC 14 hari tapi HR suruh datang pejabat untuk bincang... saya terus suruh suami hantar MC dan serahkan surat berhenti kerja.

"Sama macam saya, dapat MC dua hari kemudian hantar pada pihak atasan. Hari kedua MC, mereka tanya sama ada boleh bekerja atau tidak dan saya balas masih MC.

"Kemudian dia balas supaya saya tak perlu datang kerja keesokannya sebab ditamatkan perkhidmatan.

"Saya kena buang kerja semasa MC, sekarang tengah lawan di Mahkamah Perusahaan, doakan saya beroleh kemenangan," ujar beberapa netizen berkongsi pengalaman.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain