suria

Bapa hantar mesej meruntun jiwa, rendah diri mohon maaf... Malu anak jadi pembuli, mencuri - “Dia tak layak sekolah di mana-mana”

Ibu bapa dan penjaga bimbang isu buli di sekolah terus berlaku. -Gambar hiasan

PERKONGSIAN tangkap layar ungkapan maaf seorang ayah yang anaknya didakwa membuli rakan di sekolah meruntun hati warga maya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki itu mengaku kesilapannya kerana gagal mendidik anak yang kurang kasih sayang daripada seorang ibu.

"Mohon maaf atas kesalahan yang anak saya lakukan kepada anak-anak puan. Saya tahu saya gagal mendidik anak sebagaimana orang lain mendidik.

"Mungkin disebabkan tidak dapat kasih sayang seorang ibu, hanya saya seorang membesarkan dia, oleh itu, saya mohon kepada ibu yang anaknya diambil duit untuk saya ganti," coretnya.

Kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan yang terbaik. -Gambar hiasan

Kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan yang terbaik. -Gambar hiasan

Pada masa sama, lelaki ini meluahkan kemungkinan untuk memberhentikan anaknya dari sekolah tersebut bagi mengelakkan masalah sama berulang.

"Mungkin selepas cuti sekolah nanti saya akan berhentikan dia, saya rasa dia tak layak sekolah di mana-mana.

"Saya takut dia akan ulangi perangai yang sama, macam di sekolah ini. Dengan ini saya mohon ampun maaf atas kesalahan yang anak saya lakukan kepada anak-anak anda.

"Dia tak pernah dapat kasih sayang ibu sejak umur satu tahun lagi," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Malas layan aduan buli, cikgu ugut pindah ke meja belakang... Paling tak masuk akal kes ditutup, pembuli dianggap tak sengaja

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kudrat nak melawan, mangsa buli guna taktik ‘halus’ balas dendam... Ambil berus gigi pembuli buat gosok jamban!

Menurut pemilik akaun yang berkongsi mesej lelaki itu, adiknya merupakan antara mangsa buli kanak-kanak terbabit.

Malah katanya, disebabkan dia 'bersuara' tentang isu buli yang berlaku di dalam grup WhatsApp sekolah adiknya, ramai ibu bapa tampil membuat aduan.

"Lepas adik aku bercerita, aku maklumkan pada mak aku. Mak aku minta tolong aku dan kakak untuk bersuara dalam grup sekolah.

Pakcik tu berani mengaku salah, ingat senang ke nak tebalkan muka dan minta maaf? Jadi sedih pula, tapi salah tetap salah.

WARGA MAYA

"Selepas aku dan kakak bersuara, ramai ibu-ibu yang bagitahu perkara sama terjadi pada anak mereka.

"Budak yang ambil duit dan makanan adik aku tu, budak yang sama, perempuan. Ada yang mesej personal tapi aku diam je sambil menunggu ibu budak tu minta maaf.

"Sambil tunggu, seorang ibu mesej dan cakap anak dia kena buli dengan budak lelaki yang merupakan anak pakcik yang hantar mesej ni," ujarnya.

Mengakui sedih dan sayu selepas meneliti ungkapan maaf yang dihantar bapa kanak-kanak terlibat, wanita ini berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak sekolah.

Demikian antara reaksi warga maya pada perkongsiannya.

Demikian antara reaksi warga maya pada perkongsiannya.

"Aku tengok dan baca ayat pakcik ni minta maaf dengan si ibu yang anaknya dibuli tu dengan teliti... dalam diam tiba-tiba air mata aku jatuh.

"Aku faham apa yang pakcik ni hadap selama ni seorang diri, selepas pakcik ni minta maaf barulah cikgu kelas adik aku muncul untuk ambil tindakan.

"Tapi aku tak tahu kenapa aku kesiankan pakcik tu... pakcik tu dah tua, kena jaga anak dia seorang diri," tambahnya lagi sambil menyatakan usia kanak-kanak terbabit adalah tujuh tahun.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku terutama sikap berani pakcik tersebut yang tampil memohon maaf atas kelakuan anaknya.

"Pakcik tu berani mengaku salah, ingat senang ke nak tebalkan muka dan minta maaf? Jadi sedih pula, tapi salah tetap salah.

"Budak tu bernasib baik sebab ayah dia masih waras akalnya, cuba bayangkan ayah budak tu cakap anak dia baik dan tak buat perkara macam tu... gelap masa depan budak tu.

"Anak masih kecil, masih boleh dididik lagi, mesti ada jalan keluar. Janganlah sampai nak berhentikan sekolah si anak, kesian takut makin tersasar," demikian reaksi warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain