suria

Gadis tak puas bergaul dengan BFF lelaki akhirnya ‘dibuang’ tunang! Galak keluar berdua tonton ‘Blood Brothers’

Batas pergaulan perlu dijaga ketika fasa bertunang. -Gambar hiasan

ORANG tua-tua berpesan waktu bertunang adalah fasa yang cukup mencabar sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Jika tidak dapat bertahan dengan ujian ketika fasa 'berdarah manis' itu pastinya ikatan pertunangan akan terlerai.

Seorang kakak berkongsi kisah adik lelakinya yang memutuskan pertunangan gara-gara bakal isteri tidak menjaga batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram.

Bukan semua pasangan mampu mengharungi ujian ketika bertunang. -Gambar hiasanBukan semua pasangan mampu mengharungi ujian ketika bertunang. -Gambar hiasan

"Sepatutnya majlis kahwin adik pada 25 Mei 2025 tapi tiada jodoh. Kenapa putus? Sebab tunang dia keluar dengan kawan baik lelaki tengok Blood Brothers.

"Seminggu lepas tu, dia keluar dengan lelaki yang sama konon nak cari barang kahwin, alasan darah manis tak boleh keluar dengan adik.

"Kemudian dia keluar lagi dengan lelaki yang sama konon dah kahwin tak boleh keluar dah, alasan mereka kawan baik sejak tadika," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 2 bulan cincin dipulangkan tanda putus, pemuda masih tak 'move on'! Terus desak mak ayah bekas tunang bersemuka

ARTIKEL BERKAITAN: Kebenaran terbongkar lepas sebulan tunang, pasangan kantoi skandal janda berumur! Bakal mentua minta peluang kedua

Gara-gara tindakan tunangnya itu, adik wanita itu tidak dapat bertolak ansur dan nekad memutuskan pertunangan.

"Adik putus tunang awal bulan Mei, famili dua-dua pihak masuk campur cuba redakan adik tapi dia tetap berkeras tak nak.

"Bayaran deposit katering, majlis kenduri hangus. Tunang adik pula tak nak pulangkan cincin sebab bukan dia yang putuskan pertunangan," katanya.

Saya pun ada kawan baik lelaki tapi sebab hormat tunang saya (sekarang suami), saya buang nombor dia.

NETIZEN

Jelasnya, walaupun sudah putus bekas tunang adiknya cuba memulihkan semula hubungan mereka namun tidak dilayan.

"Dia cakap dia masih sayang adik, dia tak boleh terima adik buang dia. Sebagai kakak, saya tak menyebelahi adik tapi faham kenapa adik buat macam tu.

"Saya tak sangka adik kena hadap benda macam ni sedangkan dia paling seronok nak kahwin," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Tindakan yang dibuat adik pengadu disokong netizen yang berpandangan bekas tunangnya tidak tahu menjaga batas dalam pergaulan.

"Saya ni membesar dengan dua kawan lelaki tapi apabila dah kahwin saya terus jarakkan diri. 

"Kalau jumpa banyakkan sembang dengan isteri mereka. Kita pun ada pasangan, kita faham perasaan tu.

"Betul dah tindakan adik tu. Jauhkan diri terus daripada bekas tunang dia.

"Saya sokong keputusan adik awak. Saya pun ada kawan baik lelaki tapi sebab hormat tunang saya (sekarang suami), saya buang nombor dia," kata netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain