PEMPENGARUH media sosial, Siti Jamumall mencuri perhatian warganet apabila dia dilihat tertidur di sebuah pusat beli belah ketika hendak membeli barangan bayi.
Momen menyentuh hati itu dirakam oleh rakan baiknya, Ayunie atau Anes Ayunie Osman, 23, yang berkongsi video di TikTok pada Selasa, memaparkan Siti Jamumall sedang nyenyak tidur di sofa.
Menurut Ayunie, mereka merancang keluar bersama untuk membeli barang keperluan bayi namun dia tiba lewat ke lokasi menyebabkan Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, menunggu bersendirian di hadapan kedai dan akhirnya terlelap.
"Hari ni janji dengan Siti nak teman dia beli barang bayi (dalam kandungan). Cuma aku lambat sampai... Kau ni haih (mengeluh)," tulisnya pada video.
Siti Jamumall tertidur ketika menunggu Ayunie di kerusi rehat sebuah pusat beli belah.
Jelas Ayunie, dia sebelum itu sempat bertanya kepada pembantu rumah Siti Jamumall tentang rakannya yang hamil itu.
"Aku nampak bibik (orang gaji Siti Jamumall) je dekat tandas. Aku tanya bibik dia, mana puan? Bibik cakap puan Siti tengah tunggu dekat depan kedai baby.
"Aku sampai-sampai (depan kedai), dia terlena dah. Tak apa la aku teman kau sampai bersalin," tulisnya pada ruangan kapsyen video.
Dalam video berkenaan, Siti Jamumall kelihatan terbaring lesu di atas kerusi rehat dan Ayunie memaklumkan sahabatnya itu terlalu penat dan tidak cukup rehat.
ARTIKEL BERKAITAN: Belum sebulan rujuk, Siti Jamumall cerai lagi! Kali ini ketika ‘live’ TikTok bertalak dua
ARTIKEL BERKAITAN: Aiman kesal lafaz cerai 'berkali-kali' kepada Siti Jamumall, niat nak jatuhkan talak 2
Dalam usaha menenangkan Siti Jamumall yang kini hamil lima bulan, Ayunie turut mengurut badannya bagi mengurangkan rasa tidak selesa.
“Aku sakit badan… tertidur, pening tak cukup rehat. Kau pergi mana, lamanya,” Siti Jamumall mengadu kepada Ayunie.
Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap keadaan Siti Jamumall yang sedang hamil dan dalam masa sama perlu melalui episod duka dalam rumah tangganya.
Saya tak kisah kalau orang kecam dia ke Aiman ke.
AYUNIE
Sementara itu, Ayunie berkata dia enggan mengambil peduli tentang sebarang kecaman atau tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap Siti Jamumall mahupun Aiman.
"Saya tak kisah kalau orang kecam dia ke... Aiman ke. Apa yang saya tahu, saya jalankan janji sendiri pada kawan.
"Saya nak teman dia sampai bersalin. Apa dah jadi... doakan je yang baik-baik sebab kita bukan dalam 'tapak kasut' dia," tulisnya membalas salah satu komen netizen.
Untuk rekod, Siti Jamumall diceraikan oleh suaminya, Aiman Tak Kisah atau nama sebenar Aiman Abdul Kudus, 22, buat kali kedua pada 15 Mei lalu menerusi siaran langsung di TikTok.
Siti Jamumall dan Aiman bercerai dua kali dalam tempoh satu bulan.
Sebelum itu, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei untuk proses lafaz cerai pertama.
Untuk makluman, Siti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019, namun bercerai tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Putra Adam Rizki, enam tahun dan Putra Aiman Zafran berusia empat tahun.
Siti kemudiannya berkahwin dengan Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.