suria

Mangsa rumah terbakar terkejut wakil parti politik minta semula peti sejuk, tikar getah... Sempat guna 7 bulan sebelum ‘nikmat’ ditarik balik!

Kanak-kanak merupakan golongan paling gembira apabila keluarganya menerima sumbangan. -Gambar hiasan

UMPAMA diberi nafas baharu, mereka yang ditimpa musibah pasti berasa gembira apabila menerima bantuan dan sumbangan dalam apa jua bentuk.

Tambahan pula, pemberian itu menepati keperluan semasa penerima.

Namun berbeza pula situasi dialami ibu kepada seorang wanita apabila bantuan yang diterima pada Oktober tahun lalu perlu dipulangkan berikutan pemberi ingin mengambilnya semula.

Bantuan kewangan mahupun barang asas sering disalurkan kepada mereka yang ditimpa musibah dan bencana alam. -Gambar hiasan

Bantuan kewangan mahupun barang asas sering disalurkan kepada mereka yang ditimpa musibah dan bencana alam. -Gambar hiasan

"Hari ini mak hubungi, maklumkan bantuan peti ais dan tikar getah semasa rumah terbakar hari tu... orang nak ambil semula.

"Aku terkelu tanpa kata, mak cakap sebab dia bukan (ahli) daripada parti yang beri bantuan tu," luahnya menerusi media sosial.

Difahamkan rumah ibu kepada pengadu terbakar disebabkan berlaku litar pintas.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil diajar memberi, wanita ini belajar sesuatu selepas jadi penerima... Kekok dibantu, diberi sumbangan

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu anak berjaya tapi kedekut bagi sumbangan PIBG! Ibu bapa disaran contohi MRSM, SBP, SJKC

Susulan daripada itu, sebuah parti politik tampil menghulurkan bantuan selepas menerima maklumat berkaitan musibah tersebut.

"Bulan Oktober 2024 rumah mak terbakar sebab litar pintas, ada satu parti dapat info daripada ahli-ahli dia juga.

"Kemudian dia datang hantar bantuan peti ais dan tikar getah untuk mak.

"Tahun ni, Mei 2025 dia cakap nak datang ambil balik bantuan yang dah diberi sebab awal bulan tu mak dilantik sebagai biro parti lain," dakwa pengadu lagi.

Semasa bagi bantuan dia rakam, jadi masa nak ambil balik pun kita nak rakam juga.

PENGADU

Meskipun kesal dengan tindakan dan hasrat parti yang tidak dinamakan itu, ibunya akur untuk memulangkan semula bantuan yang diterima.

Walau bagaimanapun, dia meminta supaya individu yang menyerahkan sumbangan itu, tampil sendiri mengambilnya kembali.

"Mak cakap boleh kalau nak datang, tapi mak nak orang yang sama juga datang ambil... tak mahu wakil atau pembantu peribadi.

"Semasa bagi bantuan dia rakam, jadi masa nak ambil balik pun kita nak rakam juga.

"Sekarang senyap, tapi kalau betul-betul dia datang ambil, memang kita tularkan nanti," tambahnya.

Kebanyakan warga maya terkejut dengan tuntutan semula.

Kebanyakan warga maya terkejut dengan tuntutan semula.

Luahannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Ramai yang meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bantuan mahupun sumbangan diberikan berdasarkan parti politik.

Susulan itu, ada juga yang memintanya pulangkan semula dan mendapatkan bantuan daripada parti yang disertai ibunya.

"Biarlah dia ambil, mak pun mintalah bantuan daripada parti sendiri pula, dah jadi orang penting kan.

"Memang kebanyakannya macam tu, kalau tak sokong parti dia, siap tak dapat apa-apa faedah. Mak awak pula jadi biro parti lain, lagilah berapi dia tengok.

"Sedihnya kalau pilih bulu macam ni, Alhamdulillah kat kampung saya penghulu adil bagi bantuan sama rata dan tak kira parti mana pun.

"Rumah mak saya terbakar pada 2021, awal tahun 2022 dapat bantuan rumah dari menteri besar sendiri. Setiap tahun mak dapat bantuan daripada semua parti... rezeki tu bukan datang daripada parti tapi keikhlasan yang penting," demikian pandangan beberapa warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain