RAMAI beranggapan pakaian adalah cerminan diri seseorang.
Namun berbeza pula dengan individu ini apabila penampilannya berpurdah tidaklah seperti seorang wanita muslimah yang mengamalkan cara hidup Islam dengan baik.
Berkongsi cerita di media sosial, dia yang ingin dikenali sebagai Mazleen berkata imej tersebut sebenarnya sekadar perisai untuk mengawal tingkah lakunya agar tidak terus liar.
Suami isteri dianjurkan solat berjemaah dan menjaga tingkah laku. -Gambar hiasan
"Saya tak alim, saya jahil, sangat dangkal tentang ilmu agama. Pakaian berpurdah adalah salah satu langkah saya memenjarakan nafsu yang liar.
"Saya tak pandai mengaji, saya lupa semua al-Quran walaupun khatam pada usia 12 tahun.
"Apabila tersedar, saya malu nak cari guru mengaji. Apa yang saya buat, saya hantar dua anak lelaki ke pusat tahfiz dan sekolah pondok," ujarnya.
Cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, ibu kepada lima cahaya mata itu kemudiannya menjadikan anak-anaknya sebagai saluran untuk mendalami ilmu agama.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Muslimah jual bra di TikTok, tak malu tunjuk ukuran di dada sendiri! Wanita minta jaga maruah, bimbang pandangan berahi lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: “Sebab tu jodoh saya belum sampai” - Gadis tak khusyuk solat di masjid, terganggu ada anak kecil main di ruang Muslimah
Tambahan pula, kedua-dua anak lelakinya sudah menamatkan pengajian dalam ilmu keagamaan seperti yang diharapkannya.
"Apabila masing-masing tamat pengajian, saya bawa balik untuk tinggal dengan saya dan mereka masuk sekolah biasa.
"Saya bagi ruang setahun, dua untuk mereka cari arah tuju hidup. Saya ambil peluang untuk belajar mengaji semula dengan anak-anak sebab saya malu dan ego untuk belajar di luar.
"Anak-anak dijadikan guru pertama sebab saya rasa gagal menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak mengikut cara Islam," luahnya yang tanpa silu mengaku kekurangan diri.
Pakaian berpurdah adalah salah satu langkah saya memenjarakan nafsu yang liar.
PENGADU
Bersyukur dengan hidayah yang diterima, wanita ini menyatakan perubahan hidupnya bermula sejurus melihat sikap anak-anak yang berbeza apabila kembali dari tempat pengajian.
Malah kedua-duanya dijadikan tempat rujukan untuk dia memperbaiki bacaan al-Quran mahupun perihal kehidupan.
"Sejak anak-anak belajar agama, perlahan-lahan saya perbaiki diri dengan melihat adab anak-anak yang diasuh dan dididik di tahfiz serta pondok.
"Tak malu saya akui, anak-anak adalah guru saya tanpa mereka sendiri sedar.
Antara reaksi warga maya pada perkongsiannya.
"Hari-hari saya semak bacaan dengan anak nombor tiga. Sesekali tentang adab dan urusan kehidupan saya bertanya pada anak nombor dua kerana dia lebih kepada pengajian kitab," tambahnya lagi.
Perkongsian mengenai kehidupannya itu membuatkan warga maya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang perubahan yang dilakukan.
Tidak kurang juga yang memujinya kerana tidak malu mengakui kekurangan diri dan menjadikan anak sebagai guru.
"Kita yang kenal diri kita, maka dengan pakaian patuh syariat sekurang-kurangnya kita dapat mengawal tingkah laku. Semoga dipermudahkan urusan puan dan kita semua.
"Sukanya saya baca (kisah) puan, umur berapa hantar anak-anak ke sekolah pondok dan tahfiz?
"MasyaAllah bagusnya akak ni, semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga.
"Orang yang hebat, ujiannya juga hebat, begitulah Allah aturkan kehidupan supaya kembali kepadaNya... hidayah melalui anak-anak dengan rahmat dan kasih sayang Allah," demikian reaksi warga maya.