Pekerja penghantaran bertanggungjawab untuk menghantar setiap pesanan ke rumah pelanggan. -Gambar hiasan AI
PEKERJA penghantaran barang atau makanan sepatutnya memastikan setiap pesanan sampai terus ke pintu rumah pelanggan.Di Threads, seorang wanita berkongsi kisahnya berdepan dengan seorang rider yang disifatkannya sebagai pemalas. Dakwa wanita itu, dia terpaksa turun dari tingkat tiga selepas rider tersebut enggan menghantar barang ke unit kediamannya.Segelintir rider malas untuk menghantar pesanan sehingga ke pintu rumah pelanggan. -Gambar hiasan AI"Masa tu saya tengah pantang. Order barang. Lepas tu dia minta saya turun untuk ambil. Saya cakap tak boleh turun sebab ada anak kecil."Rider tu kata dia tak boleh naik atas sebab banyak barang. Saya pun gendonglah baby dengan kain batik turun dari tingkat tiga. Rider tu terkejut."Akhirnya dia juga kena hantar barang-barang aku naik atas. Terus aku bagi rate satu bintang je," tulis wanita itu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan seksi waktu pagi, rider 'terseksa' hantar barang... Iman kena kuat - "Yang 'dalam' pun perlu ambil kira juga"ARTIKEL BERKAITAN: Rider bangga kerja 'main-main' pun raih lebih RM4,000 sebulan, anggap lebih untung daripada orang makan gajiMenjengah ke ruangan komen, beberapa lagi individu mendakwa mereka juga pernah berdepan kejadian sama."Saya pun pernah kena masa sarat mengandung. Masa tu nak menangis, dengan laparnya lagi.Wanita kongsi pengalaman berdepan pekerja penghantaran yang pemalas.Dia mendakwa kejadian itu berlaku ketika dirinya masih dalam pantang.Wanita itu terpaksa membawa bayinya dan turun dari tingkat tiga.Rider itu memohon maaf selepas melihat wanita itu turun bersama bayinya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku pun pernah kena. Aku turun bawa anak umur dua bulan. Tahu dia menggelabah minta maaf. Rumah aku ada lif pun dia malas nak naik."Macam aku dulu. Rider suruh aku turun. Maka, aku turunlah dengan kaki berbalut. Terkejut dia tengok kaki aku."Runner bermasalah ni elok bagi satu bintang je. Dia ingat kita bayar dia untuk hantar sampai guard je ke?" tulis beberapa netizen.