suria

Pelanggan seksi waktu pagi, rider 'terseksa' hantar barang... Iman kena kuat - "Yang 'dalam' pun perlu ambil kira juga"

Pelanggan perlu lebih mementingkan pakaian yang dikenakan ketika mengambil barang. -Gambar hiasan AI

BERTUGAS sebagai penghantar barang terutama pada waktu pagi rupa-rupanya ada cabaran tersendiri yang tidak diketahui ramai.

Seorang pekerja penghantar barang meluahkan rasa kurang selesa apabila terdapat pelanggan wanita yang keluar mengambil bungkusan dengan pakaian dianggap mencolok mata.

Menurutnya, dia sama sekali tidak berniat untuk memerhati atau menilai cara pelanggan wanita berpakaian, sebaliknya hanya mahu mencari rezeki dengan selesa.

Penghantar barang atau makanan sering berdepan pelbagai kerenah pelanggan. -Gambar hiasan AI

Dia mengakui berasa janggal apabila ada wanita yang keluar mengambil bungkusan dengan berpakaian tidak sopan walaupun meletakkan sedikit usaha dengan menyarung kardigan.

"Mohon jasa baik kaum ibu, kalau keluar ambil barang tu eloklah berpakaian sopan sikit. Jangan sekadar pakai t-shirt nipis dengan sarung kardigan je.

"Yang dalam (pakaian dalam) tu pun kena ambil kira juga," ujar individu berkenaan dalam hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbahasa Melayu pun tak fasih, warga asing ‘ditangkap’ guna ID orang tempatan jadi penghantar makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Runner sarat hamil sedih pelanggan enggan bayar COD RM280, tuduh 'seller' jahat - "Mana aku nak cekau duit?"

Menurut lelaki berkenaan, kaum Hawa perlu sentiasa bersedia apabila mengetahui bungkusan akan dihantar dengan memakai pakaian sopan.

"Bila dah berselisih baru nak cepat-cepat tarik cardigan. Tutup sana, sini pakaian di dalam tu. Benda (tindakan) dah terlambat pun. 

"Kami ni sebagai orang kerja... bukan datang nak tengok benda yang tak sepatutnya. Tolong jaga aurat, adab dan sama-sama hormat," jelas individu berkenaan.

Luahan itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memahami situasi dihadapi pekerja penghantaran tersebut.

  • Penghantar barang kongsi cabaran tugas, berdepan pelanggan wanita berpakaian tidak sesuai.
  • Dia tidak berniat memerhati, namun situasi sebegitu buat dia rasa janggal.
  • Pelanggan diminta lebih bersedia dan berpakaian sopan.
  • Ada pelanggan yang kelam kabut betulkan pakaian lepas sedar aurat terdedah.
  • Netizen memahami situasi dihadapi penghantar tersebut.

Malah ada juga yang mengakui berasa segan walaupun hanya mengambil barang di pagar rumah tanpa bertudung.

"Suami dia, biarlah nanti pasangan sendiri yang tegur. Hang diam-diam sudah, bukan salah awak kalau tengok je.

"Kawan saya yang kerja hantar barang pun cakap benda sama. Hantar barang waktu pagi ni banyak dugaan. Iman kena kuat. Jangan panggung kepala.

"Wujud rupanya orang macam ni ye. Saya ni kalau tak pakai tudung... ambil barang dekat pagar pun rasa berdosa. Ni kan pula tak pakai baju dalam. Tak rasa malu ke," komen beberapa netizen.

Artikel Lain