SEORANG lelaki tampil mendedahkan kebimbangan terhadap penularan kegiatan warga asing yang didakwa mula menembusi pasaran industri gig khususnya sektor e-hailing dan p-hailing dengan menggunakan akaun milik rakyat tempatan.Dia yang juga seorang rider mendakwa terdapat individu tempatan yang menyewakan atau meminjamkan akaun aplikasi penghantaran makanan (ID) kepada warga asing. "Macam mana benda ni boleh jadi? Contoh aku ada tiga ID daripada penyedia perkhidmatan berbeza. Aku jalan satu ID."Lagi dua ID aku bagi kepada warga asing. Lepas tu aku ambil untung atas angin," katanya menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].Dua warga asing dikesan menjadi penghantar makanan. -Gambar media sosialTambahnya, amalan tersebut bukan sahaja melanggar peraturan syarikat penghantaran, malah boleh menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan."Syarikat-syarikat penghantaran memang tak bagi warga asing buat kerja ni. Anda tak boleh biarkan benda-benda macam ni berlaku."Kalau dibiarkan, aku risau lama-kelamaan, syarikat bagi peluang warga asing kerja food delivery," katanya.Sehubungan itu, dia berharap orang ramai khususnya rider supaya lebih peka dan membuat laporan sekiranya terserempak dengan individu disyaki menggunakan akaun milik orang lain.“Kalau nampak depan mata, periksa ID dan buat laporan. Maklumkan kepada pihak syarikat supaya akaun tersebut disekat,” katanya.Dalam satu video berasingan [Tonton Video], memaparkan warga asing yang menjadi rider disoal beberapa soalan oleh penghantar makanan warga tempatan.Antaranya berkaitan soal lesen memandu, ID siapa yang mereka gunakan serta kefahaman mereka dalam bahasa Melayu.Jawapan yang diberikan warga asing tersebut mengejutkan kerana masing-masing tidak mempunyai lesen memandu dan ada juga antara mereka tidak fasih berbahasa Melayu.Sebelum ini media melaporkan bahawa Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) menggesa kerajaan memperkasakan undang-undang industri gig khususnya sektor e-hailing dan p-hailing dengan melibatkan pihak berkepentingan dalam rantaian ekosistem industri itu.Penghantar Malaysia turut mendesak agar operasi penguatkuasaan serta tindakan tegas diambil bagi membanteras pemilik lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang menyalahgunakan lesen mereka dengan menyerahkan khidmat e-hailing kepada warga asing.