suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kami berkenalan tak lama kemudian terus kahwin” - Syamim Freida 

Syamim berkenalan bersama suami melalui abangnya.

PELAKON Toh Puan Syamim Freida berkongsi kisah awal perkenalannya bersama suami Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean menerusi sesi soal jawab (Q&A) di Instagram Story miliknya.

Syamim atau nama sebenarnya Syamim Mohd Farid, 35, mendedahkan pertemuan mereka bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya diatur oleh keluarga.

Menurutnya, abang kandungnya menjadi individu yang memainkan peranan penting dalam menemukan mereka sehingga hubungan tersebut berakhir dengan perkahwinan.

Syamim dan suami berkahwin pada Mac 2016. 

"Saya jumpa dia melalui aturan keluarga. Abang saya yang perkenalkan kami,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Syamim turut berkongsi bagaimana dia yakin bahawa Tengku Ezrique adalah pasangan hidup yang tepat buat dirinya

Katanya, tempoh perkenalan mereka juga singkat sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamim Freida khatam al-Quran malam 27 Ramadan, doa kebahagiaan 10 tahun perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan watak antagonis, Syamim Frieda terima ‘pakej’ ugutan dan kecaman

"Saya cuma dengar nasihat ibu saya dan restu dari dia. Daripada situ saya tahu dialah orangnya.

"Kami berkenalan tak lama kemudian terus kahwin,” katanya.

Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain