KONSERT raya Biduanita Negara yang diberi nama Pentas Eksklusif Aidilfitri: Beraya dengan Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat.Tiket yang mula dijual pada 12 tengah hari tadi dilaporkan habis dalam tempoh hanya beberapa jam selepas dibuka. Ia membuktikan populariti Siti Nurhaliza masih utuh kerana mampu menjual tiket konsert dalam tempoh singkat. Tiket habis dijual beberapa jam selepas ia dibuka. Di media sosial, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja kerana berjaya mendapatkan tiket, namun tidak kurang juga yang kecewa. Malah, ramai dalam kalangan mereka berharap agar pihak penganjur dapat menambah hari persembahan bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat hadir menyaksikan konsert berkenaan."Tolonglah tambah hari konsert ini. Berapa nak jual pun saya terima."Sedihnya tak dapat pergi konsert raya Siti. Harapnya dapatlah tambah hari.ARTIKEL BERKAITAN: Usah berbalah pilih lagu, Siti Nurhaliza beri bayangan anjur konsert rayaARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa dia buat begitu, apa salah saya pada dia?” - Siti Nurhaliza"Kenapa buat dekat tempat kecil. Tolonglah buat dekat tempat yang lebih besar!,” antara komen ditinggalkan peminat. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai penampahan hari daripada pihak Siti Nurhaliza. Untuk rekod, konsert tersebut bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 10 April depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube