Pelakon Syatilla Melvin mencuri perhatian apabila dia dan seluruh ahli keluarganya pulang ke kampung menaiki kereta api sempena Aidilfitri.Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, berkata ini merupakan pengalaman kali pertama dia bersama anak-anak menaiki pengangkutan awam ke Parit Buntar, Perak pada musim perayaan. “Balik kampung! Pengalaman pertama kali balik kampung naik kereta api. Parit Buntar aku datang!," katanya menerusi hantaran di Threads. Terserlah keriangan di wajah anak-anak Syatilla.Menerusi perkongsian tersebut, Syatilla bersama tiga anaknya dan suami, aktor Shaheizy Sam sedang menikmati perjalanan tersebut.Dalam masa sama, dia juga meminta bantuan orang ramai sekiranya terjumpa dompet milik anaknya di stesen Sungai Buloh.Katanya, dalam kad tersebut mempunyai duit raya anaknya dan berharap ada individu yang menjumpainya. ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla ‘prank’ anak lelaki, tak sedar dah sunatARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari tak boleh gerak leher, rupanya Syatilla Melvin kena slip disc“Siapa terjumpa dompet warna putih tercicir dekat stesen Sungai Buloh, please roger Tilla. Anak aku punya itu, ada duit raya dia terselit. Terima kasih semua,” tambahnya lagi.Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan sikap rendah diri dimiliki Syatilla dan suami.Ramai juga mengakui pengalaman menaiki pengangkutan awam membuatkan suasana hari raya lebih terasa."Steadylah artis naik train barulah best. Tapi jangan tertidur nanti terlajak pula."Macam mana boleh dapat seat, tahu tak punya susah nak dapat seat balik Parit Buntar."Syok tengok suasana dalam kereta api, lebih terasa nak raya," antara komen netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube