suria

Tiga hari tak boleh gerak leher, rupanya Syatilla Melvin kena slip disc

Syatilla disahkan mengalami slip disc.

SERING mengalami sakit belakang dan sukar menggerakkan leher, pelakon Syatilla Melvin terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Selepas menjalani pemeriksaan, Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, memberitahu doktor mengesahkan dia menghidap slip disc yang menjadi punca sakit anggota badan sejak tiga hari lalu.

"Benda nak jadi kan. Tiga hari tak boleh gerakkan leher dan tak boleh pusing. Ingat sakit urat sebab menyusukan anak memang akan sakit belakang.

Syatilla berkongsi keputusan MRI yang dilakukan.

Syatilla berkongsi keputusan MRI yang dilakukan.

"Rupa-rupanya hari ini dapat hadiah slip disc 2024. Moga dosa-dosa saya dapat dihapuskan... Doakan saya," katanya.

Syatilla berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Syatilla Melvin akhirnya Kak Long bertemu jodoh, yakin abang ipar mampu jadi suami dan bapa terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia pelakon hebat tapi isteri tak boleh tipu" - Syatilla Melvin sudah 'masak' sikap Shaheizy Sam, setiap hari doa dijauhkan gangguan pihak ketiga

Menerusi perkongsian video tersebut, Syatilla dilihat dibantu oleh beberapa jururawat melakukan prosedur pengimejan resonans magnetik (MRI).

Pelakon drama Selafaz Cinta itu turut berkongsi visual paparan X-ray yang menunjukkan bahagian tulang belakangnya yang mengalami masalah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar isteri kepada Shaheizy Sam itu diberikan kesembuhan.

"Allahuakbar memang slipped disc sakit. Semoga cepat sembuh Tilla (panggilan Syatilla).

"Ya Allah Tilla, semoga Allah hilangkan kesakitan kamu dan semoga terus sihat," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain