suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sia-sia datang lepas Subuh... Doktor ED tak layan kes faraj berdarah wanita hamil, suruh tunggu klinik buka pukul 8 pagi

Ibu hamil pasti cemas apabila mendapati darah keluar dari kemaluan. -Gambar hiasan AI

PENDARAHAN ketika hamil pastinya mencetuskan kebimbangan, terutamanya apabila ia berlaku secara tiba-tiba dan dalam kuantiti yang banyak.

Malah dalam keadaan cemas, kebanyakan ibu mengandung akan segera mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital bagi memastikan keselamatan diri serta bayi dalam kandungan.

Bagaimanapun tindakan tersebut dianggap remeh oleh segelintir pegawai perubatan sehingga membuatkan mereka yang mengalaminya berasa terkilan seperti dirasai wanita ini.

Berkongsi kesedihan dirasai, ujarnya, kejadian berlaku pada awal pagi apabila dia bangun untuk membuang air kecil sebelum menyedari darah segar mengalir dengan banyak.

Pasangan suami isteri pasti berasa cemas dan bimbang apabila mengetahui darah keluar semasa kehamilan. -Gambar hiasan AI

Pasangan suami isteri pasti berasa cemas dan bimbang apabila mengetahui darah keluar semasa kehamilan. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, dia dan suami terkejut dengan keadaan tersebut lalu mengambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan di unit kecemasan sebuah hospital awam di Johor Bahru, kira-kira pukul 6 pagi.

"Hamil 11 minggu lima hari. Waktu Subuh bangun tak tahan nak terkencing, tak sempat buka apa-apa darah segar mengalir banyak sangat.

"Saya dengan suami terkejut tengok darah mengalir banyak. Dengan polosnya saya pergi ke jabatan kecemasan dalam pukul 6 pagi sebab tak tahu situasi ini kecemasan atau tidak," luahnya di Thread.

Bagaimanapun, wanita berkenaan mendakwa layanan yang diterima sebaik tiba di hospital membuatkan dia semakin tertekan.

  • Wanita hamil 11 minggu lima hari mengalami pendarahan banyak secara tiba-tiba pada awal pagi.
  • Dia bersama suami mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan HSA, Johor Bahru sekitar pukul 6 pagi.
  • Wanita itu mendakwa doktor mempersoalkan tahap kecemasannya sebelum menyuruhnya ke klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan di klinik kemudian mendapati dia mengalami threatened miscarriage atau ancaman keguguran.
  • Warga maya meluahkan rasa geram dan mempersoalkan layanan yang didakwa diterima wanita berkenaan.

Mana tidaknya, dia mendakwa seorang doktor seolah-olah memperlekehkan keadaannya apabila mempersoalkan sama ada pendarahan yang dialami benar-benar dikategorikan sebagai kecemasan atau sebaliknya.

Lebih mengecewakan, tanpa melakukan sebarang pemeriksaan terlebih dahulu, dia diminta supaya menunggu sehingga pukul 8 pagi untuk mendapatkan rawatan di klinik sahaja.

"Doktor dekat unit kecemasan macam memperlekehkan keadaan saya. Tanpa periksa apa-apa, dia soal pembantu perubatan... awak rasa ini kecemasan ke?

"Saya berdiri depan dia dan dah mula rasa sakit. Dia suruh saya pergi klinik pukul 8 saja," dakwanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepuluh kali telefon hospital tak berjawab, ‘siasatan’ doktor pakar ini rungkai jawapan! - “Kebal sangat telinga tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Suasana bilik rawatan jadi ‘aneh’, individu cari pertolongan masalah mental luluh doktor pandang remeh - “Dia gelak beberapa kali”

Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa petugas berkenaan memaklumkan bahawa jabatan tersebut hanya menerima kes yang memerlukan kemasukan ke wad.

Tambahnya lagi, dia tidak mengharapkan layanan berlebihan, sebaliknya hanya mahu pemeriksaan dilakukan bagi mengetahui keadaan bayi dalam kandungan.

"Dia terima kes masuk wad sahaja, tapi sekurang-kurangnya imbaslah perut saya. Saya nak tahu keadaan anak saya dalam perut ini. Saya tak nak lebih-lebih pun.

"Apa yang sombong sangat? Sebab nak habis syif? Jadi malas nak dapat pesakit waktu macam itu? Jadi selepas ini kalau janin terkeluar baru kira kecemasan?" soalnya meluahkan rasa kecewa.

Susulan kejadian tersebut, wanita itu mendapatkan pemeriksaan lanjut di sebuah klinik kesihatan.

Pemeriksaan doktor dapat mengurangkan kegusaran di hati ibu hamil. -Gambar hiasan AI

Pemeriksaan doktor dapat mengurangkan kegusaran di hati ibu hamil. -Gambar hiasan AI

Apa yang mengejutkan, doktor yang merawat memaklumkan bahawa keadaan yang dialaminya dikategorikan sebagai threatened miscarriage atau ancaman keguguran.

"Alhamdulillah anak dan saya okey, tapi saya dah tahap reda masa sampai klinik kesihatan sebab darah yang keluar subuh tadi sangat tak normal bagi saya," luahnya.

Perkongsiannya itu membuatkan warga maya turut meluahkan rasa geram berikutan masalah pendarahan yang dialami wanita hamil tidak sepatutnya dipandang ringan. 

"Klinik yang suruh pergi hospital kalau ada pendarahan dari kemaluan, apalah nasib ibu-ibu di Malaysia.

"Anak saya alergik dengan suhu 39 darjah selsius, pembantu perubatan yang jaga kaunter suruh balik dan datang apabila berlaku sesak nafas," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain