Permintaan pelik daripada bakal suami membuatkan seorang wanita mula ragu untuk meneruskan perkahwinan yang dirancang. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita yang sedang menghitung hari bahagia berdepan dilema besar untuk meneruskan perkahwinan apabila bakal suami mula menyuarakan permintaan pelik yang perlu dipenuhi kelak.Bukan sahaja terlalu obses, lelaki berkenaan malah memaksanya supaya bersedia untuk dilayan seperti seorang bayi sebaik sahaja mereka sah bergelar suami isteri. Berkongsi di Threads, wanita itu berkata, dia pada awalnya menganggap sifat obses itu sebagai perkara biasa kerana percaya lelaki tersebut memang benar menyayanginya.Siapa sangka bakal suami yang akan dikahwini mempunyai tabiat dan keinginan yang pelik. -Gambar hiasan AINamun keadaan mula menjadi janggal apabila pasangannya menyuarakan hasrat pelik yang perlu dilakukan selepas mereka berkahwin."Tolong saya. Bakal suami saya ini macam obses dengan saya. Yang itu okeylah sebab dia sayang. Cumanya dia minta saya buat benda pelik lepas kahwin."Dia paksa saya minum guna botol susu macam baby (bayi) sebab dia cakap saya comel dan nak layan saya macam baby," tulisnya dalam hantaran tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Suami pelik cara isteri berfikir, tak jumpa logik warna penyangkut baju ada fungsi tertentu - “Hanger lain lambat kering ke?”ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai licin mulus kulit dia” - Suami pelik isteri makin kerap bercukur, pasang badan ke pejabat... Mesej di ‘smart watch’ bongkar segalanya!Menurut wanita itu lagi, dia sudah menyatakan rasa kurang senang dengan permintaan berkenaan, namun respons yang diterima daripada bakal suaminya amat mengecewakan. Malah, pasangannya itu seolah-olah menyalahkannya semula kerana enggan menuruti kehendak tersebut dan meminta dia berfikiran positif."Saya dah cakap tak selesa tapi dia anggap saya ini macam tak nak dengar cakap dia. Saya rasa takut dan macam fetish (keinginan seksual pelik) pun ada."Tapi dia suruh saya positif. Saya tak ada hak ke nak rasa benda tu geli?" luahnya lagi dalam nada buntu.Seorang bakal pengantin perempuan dipaksa oleh pasangannya untuk minum susu menggunakan botol dan dilayan seperti bayi selepas berkahwin.Lelaki tersebut menganggap tindakan itu comel dan menyalahkan wanita berkenaan apabila dia menyatakan rasa tidak selesa.Wanita itu meluahkan rasa buntu dan takut jika tabiat pelik pasangannya itu sebenarnya merupakan satu bentuk fetish seksual.Perkongsian kisah tersebut di platform Threads tular dan menerima pelbagai reaksi serta amaran daripada netizen yang risau akan keselamatannya.Netizen mengaitkan kelakuan pelik lelaki itu dengan sindrom Adult Baby/Diaper Lover (ABDL).Ringkasan berita ini dijana oleh AIPerkongsian wanita berkenaan meraih perhatian ramai di media sosial dengan rata-rata daripada warga maya bimbang dengan situasi dihadapi bakal pengantin itu."Jangan, nanti dia suruh awak pakai lampin pula....naya," tulis seorang netizen.Dalam pada itu, seorang pengguna berkongsi bahawa sikap lelaki tersebut sebenarnya adalah sejenis sindrom yang dikenali sebagai Adult Baby Diaper Lover (ABDL).Sindrom ABDL merujuk kepada individu dewasa yang secara sukarela mengamalkan tingkah laku seperti bayi, melakukan lakonan. peranan dan mengamalkan gaya hidup menyerupai bayi atau kanak-kanak kecil.