suria
mStar - Urban.Versatil

Suami pelik cara isteri berfikir, tak jumpa logik warna penyangkut baju ada fungsi tertentu - “Hanger lain lambat kering ke?”

Arahan isteri kadangkala membuatkan suami keliru. -Gambar hiasan AI

KETELITIAN seorang isteri dalam urusan rumah tangga kadangkala sukar difahami oleh golongan suami.

Ada beberapa perkara mungkin dianggap remeh oleh lelaki, tetapi tidak di mata wanita. 

Perkara tersebut dikongsikan seorang suami menerusi satu tangkap layar perbualan WhatsApp bersama isterinya.

Kerja rumah akan bertambah mudah jika suami isteri saling bantu membantu. -Gambar hiasan AIKerja rumah akan bertambah mudah jika suami isteri saling bantu membantu. -Gambar hiasan AI

Dalam perbualan mereka, si isteri mengingatkan suaminya supaya menyidai pakaian dengan betul, termasuk menggunakan penyangkut tertentu bagi seluar dan baju.

"Jangan lupa sidai baju. Seluar sidai kat penyidai luar dan guna hanger hitam. Baju kita guna hanger warna pink," kata isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa macam salah pilih suri hati, lelaki geram isteri buat perangai gila suruh pulangkan anak angkat! - “Dia nak putih melepak”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami PJJ mengadu penat hadap perangai isteri tak bersyukur... Jumpa hujung minggu pun kena berleter, asyik suruh pesan ‘food delivery’

Namun, lelaki tersebut mempertikaikan arahan isterinya dengan mendakwa penyangkut tanpa mengira warna tetap mempunyai fungsi yang sama.

"Sama je hanger warna apa pun, kering juga. Hanger warna lain lambat kering ke?," soal lelaki itu dengan isterinya membalas tidak sama.

Lelaki itu kemudian bertanya kepada warga maya sama ada semua isteri bersikap sedemikian.

  • Seorang suami berkongsi perbualan dengan isterinya tentang cara menyidai pakaian.
  • Isteri menegaskan penggunaan hanger tertentu mengikut jenis dan warna.
  • Suami mempersoalkan keperluan memilih warna penyangkut.
  • Perkongsian itu menarik perhatian netizen, terutama wanita.
  • Netizen menyarankan suami ikut sahaja arahan isteri.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen khususnya dalam kalangan wanita yang menyarankan agar lelaki berkenaan mengikut sahaja permintaan isterinya.

"Tolong la ikut arahan isteri awak, selain daripada sedap mata memandang percayalah setiap warna tu ada sebabnya tersendiri.

"Sebab hanger hitam selalunya jenis tebal. jadi tak melendut la nak sangkut seluar. Tiada sebab pun nak pilih-pilih warna.

"Hari tu aku biar je laki aku jemur baju sampai bengkok hanger . Dia guna yang nipis untuk seluar dia," komen netizen.

Artikel Lain