AMALAN 'salam kaut' atau memberikan sumbangan tunai kepada tuan rumah ketika menghadiri majlis kenduri kahwin sememangnya sudah sinonim dalam masyarakat kita.
Namun di platform X, seorang wanita mengakui keliru dan dilema berhubung hak ke atas duit salam kaut memandangkan majlis perkahwinannya bakal diadakan serentak bagi kedua-dua belah pihak.
"Aku dengan tunang yang keluar duit (kahwin) 100 peratus. Kami gabung buat majlis. Tapi isu sekarang ni, mak ayah aku nak duit salam kaut tu.

Ramai anak muda kurang setuju dengan cara orang lama menguruskan majlis. -Gambar hiasan
"Padahal mereka tak keluar duit langsung untuk majlis aku. Patut ke mereka ambil duit tu? Aku dan bakal suami plan nak guna duit untuk beli barang rumah," tulisnya.
Lebih menyedihkan, wanita itu berkata dia cuba berbincang, namun tetap menerima jawapan mengecewakan daripada ibu bapanya.
"Mak ayah kata mas kahwin je hak aku. Salam kaut tu hak mereka. Mas kahwin aku satu dinar emas je. Mereka suruh aku gadai untuk beli barang rumah.
- Wanita tertekan ibu bapa mahu ambil semua duit salam kaut kenduri kahwinnya.
- Dia malu dengan bakal suami kerana ibu bapanya tidak mengeluarkan wang untuk majlis itu.
- Majlis dibuat serentak bagi kedua-dua pihak kerana suaminya anak yatim piatu.
- Dia kecewa kerana merancang guna duit itu untuk membeli barangan rumah.
"Aku jadi malu dengan bakal suami, sebab majlis ni kami berdua kongsi. Tapi sudahnya, mak ayah aku nak ambil semua duit salam kaut," luahnya lagi.
Menurut wanita itu, mereka memilih untuk mengadakan kenduri serentak kerana suaminya kini sebatang kara.
ARTIKEL BERKAITAN: Hadir kenduri belah perempuan, famili pengantin lelaki jemput 100 tetamu sendiri... 'Rembat' duit salam kaut!
ARTIKEL BERKAITAN: Duit salam kaut tak ‘masyuk’, pengantin bertelagah lepas 3 bulan nikah... Tak cukup nak bayar hutang majlis kahwin
"Kami buat satu majlis, gabung dua-dia pihak sebab bakal suami aku dah tak ada mak ayah. Dia anak tunggal. Dia hanya ada ibu bapa saudara je," jelasnya.
Hantaran itu turut menerima beberapa komen netizen.
Selain menyelar ibu bapa wanita itu, ada juga yang meminta agar dia berlapang dada dengan keputusan orang tuanya.

Pengantin berhak untuk gembira pada hari penting mereka. -Gambar hiasan AI
"Kau yang keluar duit. Maknanya kau yang punya. Mak ayah kau tak mengaji ke? Ke jenis sakau?
"Berlapang dada dik. Saya tak kata mereka betul. Tapi mereka tak minta duit besarkan awak.
"Kena 'game' macam tu je. Raya tahun depan dan seterusnya tak payah balik, tanda protes," tulis beberapa pelayar X.


