suria

Pelajar pandai pelik budak kelas belakang terlebih kreatif rai tamat SPM, padahal paling banyak buat masalah di sekolah

Ada pelajar yang menconteng baju sekolah sebagai simbolik berakhirnya peperiksaan SPM. -Gambar hiasan AI

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap sebagai kemuncak perjalanan bagi setiap pelajar sekolah di Malaysia.

Bagaimanapun di Thread, seorang pelajar meluahkan rasa kurang senang dengan cara segelintir calon SPM yang meraikan 'kebebasan' mereka sejurus tamatnya kertas peperiksaan terakhir.

"Saya baru selesai peperiksaan SPM. Saya perasan budak kelas belakang suka buat video kenangan, siap dengan ayat-ayat untuk tinggalkan sekolah.

Pelajar pastinya lega selepas menduduki kertas peperiksaan terakhir SPM. -Gambar hiasan AI

"Padahal mereka yang paling banyak buat masalah di sekolah. Budak kelas depan biasanya tidak kisah tentang benda macam ni," tulisnya

Hantaran tular yang dikongsi individu itu menerima pelbagai komen netizen, termasuklah daripada golongan pendidik dan pelajar.

Menurut seorang netizen, pelajar kelas depan biasanya kurang peduli tentang hal-hal sebegitu kerana mereka lebih fokus kepada perkara yang lebih penting.

  • Pelajar tular di Thread kerana kongsi tentang cara calon SPM rai kebebasan mereka.
  • Dia persoal cara pelajar kelas belakang yang lebih sakan meraikan kertas peperiksaan terakhir.
  • Individu itu turut menyentuh tentang pelajar kelas belakang yang didakwa kerap melakukan masalah di sekolah.
  • Netizen termasuklah guru dan pelajar turut meninggalkan pelbagai komen pada hantaran tular itu.

"Budak kelas belakang biasanya lebih rasa sekolah sebagai 'rumah' kedua. Di situlah mereka rasa diterima walaupun selalu salah, ditegur dan diuji.

"Apabila semuanya tamat, baru timbul rasa rindu dan sedar sekolah pernah jadi tempat mereka bertahan, sebab itu kenangan lebih kuat.

"Budak kelas depan pula jarang berpaut pada nostalgia kerana mereka sentiasa bergerak ke depan, fokus pada apa yang belum dicapai, bukan apa yang sudah berlalu," jelas individu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan adik buat rider nekad ulang SPM, impi kerja bidang ‘oil and gas’! Rupanya dah 4 kali daftar jadi calon ulangan

ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM kantoi simpan seluar dalam pakwe, bagi video 'free hair'! Kakak 'warning' BF adik berambut mullet - "Pergi cari orang lain"

Beberapa lagi pelayar Thread turut berkongsi pandangan berbeza tentang topik itu.

"Saya budak kelas depan. Kami pun ada je buat video tu, cuma tak kongsi untuk tontonan umum.

"Dulu saya terus balik rumah selepas habis SPM. Langsung tiada gambar. Saya dapat keputusan semua A.

"Saya kelas depan. Habis SPM dianggap seperti habis peperiksaan biasa. Tak ada gambar atau memori," tulis netizen lagi.

Artikel Lain