suria

Semua menu sedap, kedai 'goreng-goreng' popular terpaksa ditutup lepas disihir... Banyak perkara aneh berlaku

Golongan peniaga sering dikaitkan dengan dakwaan menjadi mangsa sihir. -Gambar hiasan AI

GOLONGAN peniaga sering dikaitkan dengan dakwaan menjadi mangsa perbuatan sihir apabila perniagaan yang sebelum ini lancar, tiba-tiba jatuh merudum.

Menyaksikan perkara sama, seorang lelaki berkongsi cerita di Thread mengenai jirannya yang didakwa menjadi mangsa sihir sehingga terpaksa menutup perniagaan kedai makan.

Lebih menambah rasa sedih apabila keputusan itu dibuat ketika kedai makan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

"Jiran aku buka kedai makan, menu goreng-goreng yang semuanya sedap, pelanggan pun sentiasa penuh.

Rawatan tradisional dan perubatan Islam antara ikhtiar untuk mengeluarkan sihir

Rawatan tradisional dan perubatan Islam antara ikhtiar untuk membuang sihir. -Gambar hiasan

"Tapi sebulan dah dia tutup kedai," ujarnya yang turut hairan dengan penutupan secara tiba-tiba.

Menurut lelaki ini, rasa ingin tahu membuatkan dia terus mengajukan pertanyaan kepada jirannya semasa mereka terserempak baru-baru ini.

"Aku terserempak dengan dia, jadi aku pun tanyalah sama ada dia balik kampung ke sebab dah lama tak berniaga.

"Dia pun buka cerita dan cakap kedai makan tu dah ditutup sepenuhnya sebab terkena buatan orang," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap dapat tempahan jemaah masjid, peniaga nasi lemak akhirnya derita disihir... Badan berisi berubah tinggal tulang!

ARTIKEL BERKAITAN: Sushi baru buat 3 jam dah berulat! Peniaga nekad bisnes macam biasa, enggan tahu siapa hantar sihir

Dia yang pada awalnya sukar mempercayai perkara berunsur mistik bagaimanapun terkejut apabila jirannya berkongsi beberapa situasi pelik yang berlaku.

Malah jirannya turut mendakwa gerai yang dibuka seolah-olah 'terlindung' kerana pelanggan setia terus pulang selepas parkir di hadapan kedai.

Bukan itu sahaja, seluruh ahli keluarga jirannya juga sering mengalami sakit.

"Jiran aku ni pada mulanya tak syak apa-apa apabila pelanggan makin kurang.

  • Peniaga sering dikaitkan jadi mangsa sihir bila perniagaan tiba-tiba merudum.
  • Lelaki dedah jiran terpaksa tutup kedai walau pelanggan sentiasa penuh.
  • Dakwa pelanggan setia nampak kedai ‘tertutup’ walau dibuka.
  • Ahli keluarga peniaga sering jatuh sakit tanpa sebab jelas.
  • Netizen kongsi pengalaman sama, akui pernah jadi mangsa perbuatan sihir.

"Dia mula rasa pelik lepas nampak kereta yang biasa parkir depan kedai tiba-tiba bergerak lepas beberapa minit.

"Apabila terjumpa, pelanggan tu pula tanya kenapa kedai tutup... padahal dia buka je.

"Ahli keluarga dia pun kerap sakit pelik-pelik dan barulah dia tahu yang kedainya terkena 'buatan'," ujarnya.

Turut bersedih dengan situasi yang berlaku, lelaki ini kemudiannya menitipkan kata-kata nasihat bahawa akan ada rezeki yang lebih baik untuk jirannya itu.

Warga maya berkongsi pengalaman disihir.

Warga maya berkongsi pengalaman disihir.

"Aku kata tak apa, akan ada rezeki lebih baik. Kesian, inilah perangai manusia hati busuk, orang tu berniaga tak besar pun, cuma nak sara keluarga dan anak pun masih kecil.

"Semoga murah rezeki jiran aku tu dan semua peniaga," tambahnya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk mereka yang pernah menjadi mangsa sihir.

"Kami dulu pernah kena kain kuning dan sampai tahap extreme... jumpa kemaluan lelaki terpotong dekat bawah gerai. Aku ni tak tahu apa-apa jadi terus sapu dan bakar, lepas tu dapat detect siapa hantar sebab dia sakit tenat.

"Sedang mengalaminya, saya siap ada video live pelanggan setia yang cakap dia hari-hari lalu tapi nampak kedai saya tutup.

"Pelik dengan perangai manusia yang sihir-sihir ni," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain