suria

Ibu tak daya tengok anak perempuan bergelumang dosa, teguk ‘air kencing setan’ - “Nak ditambat, bukan lembu”

Setiap ibu pasti berasa bimbang dengan masa depan anaknya. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan kebimbangan tentang gaya hidup bebas anak perempuannya yang gemar berhibur pada waktu malam selain tidak menjaga batas pergaulan.

"Macam mana nak uruskan anak perempuan yang memilih jalan hidup bebas, clubbing, drinking dan whatnot?

"Rasanya dah bagi didikan agama yang cukup, tapi dia dah dewasa dan pilih jalan hidup yang dia suka," luahnya di Thread.

Terdapat anak yang berbeza pendapat dengan ibu kandungnya. -Gambar hiasan

Terdapat anak yang berbeza pendapat dengan ibu kandungnya. -Gambar hiasan

Menurut wanita ini, perasaan risau mula menyelubungi diri apabila anak perempuannya tidak rasa bersalah untuk melakukan perkara tidak bermoral itu.

Mengakui dia juga tidak sempurna, namun menurutnya setiap wanita perlu tahu menjaga tingkah laku dan batas dalam pergaulan.

"Kita ni pun bukanlah baik macam malaikat masa muda dulu tapi ada batasnya... tengok hidup dia (anak perempuan) macam langgar semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Lokasi tenang jadi 'kelab malam'! Ada pengunjung tak faham maksud 'healing'... Karaoke, pasang muzik kuat dalam hutan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bimbang anak Gen Z tak pandai bawa diri, belum sebulan kerja dah dipecat... Kerja cuci pinggan, angkat ais pun gagal!

"Nak ditambat, bukan lembu. Kalau dipukul, kita pula yang ke lokap sebab dia dah dewasa dan beberapa tahun lagi masuk 30-an," luahnya yang sentiasa berharap anaknya diberi hidayah untuk berubah.

Malah katanya, dia sentiasa melakukan solat tahajud dan hajat supaya anak perempuannya pulang ke pangkal jalan.

  • Ibu bimbang anak perempuan pilih gaya hidup bebas termasuk clubbing dan seks.
  • Dakwa sudah beri didikan agama, namun anak tetap buat pilihan sendiri.
  • Risau kerana anak seolah-olah tiada rasa bersalah langgar batas.
  • Ibu tertekan, mahu menegur tapi takut hubungan semakin renggang.
  • Netizen nasihat terus berdoa, jaga komunikasi dan jangan putuskan hubungan.

"Sekarang ni tak tahu nak balas apa kalau dia mesej sebab tak mahu bergaduh.

"Bukan tak sayang tapi kesihatan mental sendiri pun kena jaga juga. Saya tak suka jalan hidup yang dia pilih dan dia tak boleh paksa saya terima," tambahnya sayu.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya menasihatkan wanita tersebut supaya terus mendoakan anaknya selain menjaga komunikasi dan tidak memutuskan hubungan kekeluargaan.

Warga maya memberi nasihat dan pandangan masing-masing.

Warga maya memberi nasihat dan pandangan masing-masing.

"Biarkan dia sebab kadang kala ada orang tu dia perlu melalui kehidupan untuk memahami apa yang berlaku.

"Iman tak boleh diwarisi, doakan dia sebab doa ibu tiada hijab.

"Saya harap dia terjentik hati untuk tengok post puan ni dan berubah perlahan-lahan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain