suria

Lokasi tenang jadi 'kelab malam'! Ada pengunjung tak faham maksud 'healing'... Karaoke, pasang muzik kuat dalam hutan

Pengunjung perlu menjaga tingkah laku ketika berada di dalam kawasan hutan. -Gambar hiasan AI

AIR terjun sering menjadi destinasi pilihan ramai untuk mencari ketenangan dan merehatkan minda.

Kini, aktiviti berkelah atau mandi manda di air terjun semakin popular dan dikenali dengan istilah ‘healing’ dalam kalangan generasi muda.

Bagaimanapun, seorang pemuda meluahkan rasa kecewa apabila kawasan semula jadi itu yang sepatutnya damai dicemari dengan bunyi yang merimaskan.

Aktiviti 'healing' semakin popular dalam kalangan generasi muda. -Gambar hiasan

"Aku masih tak boleh 'brain' yang pergi air terjun, berkhemah... konon nak healing

"Tapi bawa pembesar suara buka kuat-kuat macam kelab (malam). Korang ni tak reti ke bodoh?" tulis pemuda itu di Threads.

Menjengah ke ruangan komen, seorang wanita berkata dia pernah melihat pengunjung melakukan aktiviti karaoke di kawasan rekreasi.

  • Seorang pemuda kecam pengunjung air terjun yang bawa pembesar suara dan pasang muzik dengan kuat.
  • Seorang wanita kongsi pengalaman lihat aktiviti karaoke di kawasan rekreasi.
  • Netizen lain turut setuju, anggap ramai tidak menghormati alam semula jadi dengan membuat bising.
  • Ada yang luah rasa kecewa kerana muzik kuat tenggelamkan bunyi semula jadi seperti deruan sungai atau ombak.
  • Pengunjung turut mengadu pengalaman disindir apabila menegur, malah ada yang pasang muzik kuat ketika mendaki dengan alasan takutkan haiwan liar.

"Terima kasih kerana bersuara. Orang sekarang macam tak hormati alam semula jadi. 

"Pergi ke sungai ke mana ke, tiba-tiba buka kuat-kuat sampai hujung dunia boleh dengar lagu dangdut dan lagu sendu.

"Ada sekali tu melalak karaoke, stres betul tak boleh nikmati alam macam zaman dulu-dulu," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hairan bunyi aneh dari rumah jiran, macam tengah main tali skipping… Makin menjadi-jadi menjelang Subuh!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dihalang balik kampung kerana anak-anak suka buat bising, terpaksa jumpa ibu di luar untuk lepas rindu

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dan berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka.

"Pergi tepi pantai nak dengar bunyi ombak. Mereka 'bantai' pasang lagu dangdut sekuat alam. Rasa macam nak pergi hempuk je 'mangkuk' tu.

Ramai yang berkunjung ke kawasan air terjun untuk mencari ketenangan. -Gambar hiasan

"Dah kena hari tu. Kita mengadu, mereka sindir-sindir dan sambung pasang lagu. 

"Yang hiking pun sama, katanya nak takutkan haiwan liar. Geram je," tulis beberapa pelayar Thread.

 

 

Artikel Lain