suria

Kenal sebulan dah kongkong, suruh berhenti buat ‘master’! Wanita trauma lepas jumpa ‘jodoh’ pilihan datuk

Kenali dulu hati budi sebelum teruskan hubungan ke peringkat lebih serius. -Gambar hiasan

PENGALAMAN pahit dalam percintaan sememangnya boleh meninggalkan trauma mendalam, apatah lagi jika melibatkan pasangan yang toksik.

Seorang wanita berkongsi kisah tentang dirinya ketika berusia 25 tahun.yang mana dia cuba dijodohkan dengan cucu kepada rakan datuknya.

Wanita itu berkata, pada mulanya dia ditetapkan untuk menjalani fasa taaruf (berkenalan) dengan lelaki berkenaan selama tiga bulan sebelum terus mendirikan rumah tangga.

Tempoh perkenalan penting bagi mereka yang ingin berkahwin. -Gambar hiasan AI

"Tok (panggilan datuk) pernah jodohkan saya dengan cucu kawan dia. Mereka suruh taaruf selama tiga bulan je kemudian terus kahwin.

"Tapi lepas satu bulan (berkenalan) saya putuskan untuk tak teruskan sebab dia terlalu toksik. Masa tu saya tengah belajar lagi, sambung pengajian peringkat sarjana (master).

"Tapi dia cuma pemegang ijazah sarjana muda (ijazah) je. Jadi dia suruh saya berhenti belajar sebab tak nak saya lebih (pelajaran) daripada dia," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa menipu ketika bertaaruf, lelaki tergamam si gadis tanya soalan buka aib... Tak rela mengaku kisah video intim

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tebalkan muka ajak pegawai tentera berkenalan semula, dulu ‘reject’ lamaran sebab tak tahu status - “I pun ada hati dekat you”

Difahamkan, lelaki itu turut meminta pengadu menukar cara berpakaian atas alasan dia lebih sukakan perempuan yang bold (berani dalam penampilan).

Wanita itu juga mendakwa dia pernah dikasari secara fizikal, membuatkan dirinya serik dan tidak lagi menjalinkan sebarang hubungan selepas itu.

Katanya lagi, dia tidak berniat merendahkan sesiapa dari sudut pendidikan sebaliknya mahu menggambarkan bagaimana lelaki berkenaan tidak selesa melihat dirinya lebih berjaya.

  • Seorang wanita mahu dijodohkan dengan cucu kenalan datuk, namun hubungan putus kerana lelaki itu toksik.
  • Lelaki itu larang sambung pengajian sarjana kerana dia hanya berkelulusan ijazah sarjana muda.
  • Dia turut minta wanita itu tukar cara berpakaian kerana sukakan perempuan berpenampilan lebih berani.
  • Wanita itu dakwa pernah dikasari sehingga trauma dan enggan jalin hubungan dengan sesiapa lagi.
  • Dia tidak berniat rendahkan sesiapa dari segi pendidikan, hanya kongsi pengalaman peribadi.

"Saya minta maaf kalau hantaran saya ni ada sakitkan hati mana-mana pihak. Saya tiada niat nak merendahkan sesiapa sebab cara penyampaian salah dan kasar sikit.

"Apa yang saya sampaikan cuma pengalaman kenal dengan lelaki. Dia hubungan pertama saya jalinkan dan terakhir buat masa sekarang," jelasnya.

Rata-rata netizen menyokong tindakannya untuk tidak meneruskan hubungan tersebut kerana menganggap berkahwin dengan lelaki seperti itu hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Netizen memberikan pandangan.

"Tahniah, awak buat keputusan yang baik. Insya-Allah diberikan lebih kemudahan melawan trauma itu. Ramai lelaki yang bukan macam tu.

"Faham sis, bukan jodoh awak dengan dia. Rasanya dia bukan hina sebab tahap pelajaran tu tapi cara pemikiran lelaki tu yang kawal awak dalam macam-macam hal.

"Bagus la awak tak teruskan hubungan dengan dia. Jadi gila kalau kahwin dengan orang macam ni nanti," komen beberapa netizen.

Artikel Lain