suria

Anak degil, lebih dengar cakap ipar sebab dimanjakan... Wanita sedih peranan seorang ibu ‘hilang’ di rumah sendiri

Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. -Gambar hiasan

SEORANG ibu pasti mahu mencorakkan kehidupan anak-anaknya mengikut prinsip dan cara didikan tersendiri yang dirasakan terbaik. 

Namun tidak dinafikan peranan mereka sebagai ibu ada kalanya terganggu gara-gara campur tangan orang lain, sebagai contoh, ahli keluarga atau ipar. 

Itulah dilema yang diluahkan oleh seorang wanita apabila mendapati anak-anaknya kini lebih rapat dan taat kepada iparnya berbanding dirinya sebagai ibu, gara-gara individu tersebut terlebih memanjakan mereka. 

Kanak-kanak yang terlalu dimanjakan cenderung untuk bersikap sedikit degil. -Gambar hiasan

"Adakah aku yang terlalu emosional? Aku rasa anak-anak lebih sayang orang lain daripada aku, iaitu ipar aku. 

"Aku rasa susah nak atur hidup anak-anak aku. Cakap aku susah nak dengar, cakap ipar semua ikut. Memanglah, ipar aku umpan macam-macam. Benda yang aku tak bagi, larang, itulah yang dia sua, dia buat. Aku rasa sedih, penat," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, iparnya yang merupakan saudara kandung suaminya itu sudah menetap bersama mereka sejak 15 tahun lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita doa adik ipar perempuan segera pindah, tak tahan tinggal serumah! Rasa terbeban kena masak, jaga makan minum

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir

Disebabkan itu, individu berkenaan seolah-olah menjadikannya sebagai 'lesen' untuk melakukan apa saja perkara tanpa meminta pandangannya terlebih dahulu.

"Dia sebenarnya tahu je apa yang saya tak suka. Kami serumah dah lama. Tapi macam dia sengaja.

"Mungkin dia saja nak uji saya. Atau dia tahu, saya akan diam, tak mengadu apa-apa sebab tak nak suami saya dan dia bergaduh.

"Bila saya macam protes diam, semua macam slow down. Tapi lama-lama macam dah hilang ingatan masing-masing. Saya tersepit antara jaga hati suami dan hati sendiri," tambahnya di ruangan komen sambil menambah, iparnya itu masih bujang.

  • Seorang wanita kecewa kerana anak-anaknya lebih dengar cakap ipar yang memanjakan mereka.

  • Ipar wanita itu telah tinggal serumah dengan keluarganya selama 15 tahun.

  • Wanita itu rasa tersepit antara menjaga hati suami dan mempertahankan peranan sebagai ibu.

  • Perkongsian wanita ini mendapat perhatian ramai yang memahami situasi sama.

  • Netizen menasihatkan wanita itu agar berani berbincang dengan suami dan ipar demi kebaikan anak-anaknya.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian ramai, dengan rata-ratanya memahami dilema wanita tersebut kerana turut berdepan pengalaman serupa.

Ada yang menasihatkan agar wanita itu agar berani berterus-terang dengan suami dan iparnya demi menjaga keharmonian rumah tangga selain memastikan peranannya sebagai ibu dihormati.

Sebahagian daripada pandangan dan komen netizen.

"Untuk masa depan anak awak, saya harap awak lebih tegas dan bagitau hal ni pada suami. Sebab nak didik anak, hati dia kena dekat dengan kita, baru mudah dengar nasihat.

"Kata-kata ibu bapa adalah muktamad. Maksudnya tiada siapa patut bantah peraturan ibu bapa walaupun atuk, nenek, ipar duai.

"Ipar patut tahu sempadan yang dia perlu jaga bersama anak saudaranya tu," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain