suria

Baju ketat tudung singkat, sakit mata tengok ibu hamil pergi KK macam buat ‘show’ - “Bergegar-gegar, kita yang segan”

Wanita hamil disarankan mengenakan pakaian yang sopan ketika berada di tempat awam. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua individu prihatin mengenai kepentingan menjaga pemakaian, khususnya ketika berada di tempat awam.

Tanpa mereka sedar, cara berpakaian yang terlalu ketat atau tidak menutup aurat dengan sempurna boleh mengundang rasa kurang selesa dalam kalangan orang sekeliling.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita tampil menyuarakan pandangannya mengenai pemakaian segelintir ibu mengandung ketika menghadiri pemeriksaan kesihatan di klinik.

Menurutnya perkara ini wajar diberi perhatian demi menjaga maruah wanita terutamanya beragama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaju kelawar, tak pakai bra... Rupanya ramai sakit mata, naik segan tengok pakaian ibu hantar anak ke sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Pagi-pagi dah 'belanja' lekuk! Geng ibu disaran pakai sopan, jaga air muka anak di sekolah... Ramai kena ejek di kelas

"Ada mak buyung share gambar nak pergi check-up dekat klinik kesihatan (KK). Tudung singkat. 

"Aku yang freehair ni time pregnant pakai baju besar-besar sebab malu apabila baju melekat, baju pun tutup punggung sebab segan.

"Tapi orang yang pakai tudung, bajunya atas punggung. Bergegar-gegar. Kita yang segan," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. 

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. 

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, tegurannya sekadar berniat untuk kaum wanita sama-sama cakna dan memperbaiki penampilan agar lebih sopan serta tidak mengundang pandangan 'nakal' kaum Adam. 

Tambahnya, ada segelintir lelaki yang mempunyai 'selera' aneh  (fetish) terhadap penampilan tertentu, sekali gus berpotensi mendorong kepada tindakan tidak wajar sekiranya wanita berpakaian ketat atau mendedahkan bentuk tubuh.

"Saya nak bagi ibu-ibu pregnant ni sedar pakaian anda yang ketat, baju atas punggung, seluar nampak garisan spender tu sangat menggelikan. 

"Lepas tu pelik laki 'usha'... salahkan lelaki itu ini. Padahal pakaian anda sendiri yang macam tu," tegurnya lagi.

  • Seorang wanita menegur pemakaian segelintir ibu mengandung yang dianggap kurang sopan di tempat awam.

  • Teguran dibuat selepas melihat ibu hamil berpakaian ketat dan singkat ketika ke klinik kesihatan.

  • Wanita itu menegaskan niatnya untuk meningkatkan kesedaran tentang adab berpakaian.

  • Menurutnya, pemakaian tidak sesuai boleh mengundang pandangan tidak sopan lelaki tertentu.

  • Perkongsian tersebut menerima sokongan ramai netizen yang bersetuju soal kesopanan perlu dijaga.

Di ruangan komen, perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi warga maya namun rata-ratanya bersetuju dengan teguran yang disuarakan demi kebaikan bersama.

"Masa mengandung suka pakai baju besar sebab takut jumpa 'orang gila' yang suka tengok ibu mengandung.

"Yang mengandung tu janganlah ikut sangat stail barat nak tayang baby bump. Tak takut ke diri awak tu jadi bahan untuk lelaki jahat yang fetish.

"Sumpah rasa buruk betul kalau tengah pregnant pakaian balut nangka," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain