suria

Sikap suami 'lain macam' lepas hisap vape, mudah tidur walau atas lantai - "Sehari habis dua perisa"

Isteri akan tertekan jika suami berubah sikap secara drastik. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi rasa kecewa apabila lelaki yang baru menjadi suaminya menunjukkan tanda perubahan sikap sejak mula menghisap vape.

Lebih menambah rasa sedih apabila sepanjang tempoh tersebut, dia terpaksa menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) dengan suami.

"Saya PJJ dengan suami dan baru berkahwin lapan bulan.

"Sebelum ini suami rajin membantu kalau dia balik rumah tapi sekarang dia lebih kerap tidur, berjaga 30 minit kemudian sambung tidur lagi," luahnya di Facebook.

Kebanyakan lelaki lebih gemar menggunakan vape berbanding rokok. -Gambar hiasan Banyak negara sudah mengharamkan vape. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu lagi, suaminya juga boleh tidur di mana-mana sahaja termasuk di atas lantai.

Sikap suaminya itu membuatkan dia menjadi tawar hati dan berasa bimbang untuk tinggal bersama.

"Dia ajak pindah duduk sekali pada tahun depan tapi apabila perangai dia macam ni, saya jadi fed-up.

ARTIKEL BERKAITAN: Perokok insaf lepas 26 hari bertarung sakit dalam wad, saksi budak muda mati akibat vape - “Luaran arwah nampak biasa je”

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran sempat ambil gambar hisap vape di lif, murid ketakutan foto disebar ke grup penduduk - "Dia hembus dekat aku"

"Sikit pun dia tak tolong saya, kerjanya main telefon dan tidur, bangun makan lepas tu tidur balik," tambahnya yang semakin tertekan dengan situasi terpaksa dilalui.

Dia turut meluahkan kebimbangan apabila kereta yang dinaiki hampir terbabas disebabkan suaminya terlelap ketika memandu.

Malah kata wanita ini, suami juga sering menghisap vape sehingga dapat menghabiskan dua perisa dalam satu hari.

  • Wanita kecewa suami baru kahwin lapan bulan berubah sikap, lebih kerap tidur dan main telefon.
  • Hidup berjauhan menambahkan rasa sedih, suami kurang bantu urusan harian.
  • Hampir terbabas ketika memandu kerana suami terlelap.
  • Suami ketagih hisap vape, sehari boleh habiskan dua perisa; marah .jika ditanya
  • Netizen nasihat berbincang sebelum ambil keputusan drastik, termasuk kemungkinan berpisah.

"Kereta hampir terbabas sebab dia terlelap semasa dalam perjalananan balik selepas kami membeli barang.

"Sebelum ni dia tak hisap vape tapi sejak balik ni saya tengok galak betul hisap... sehari beli dua perisa.

"Apabila tanya adakah dia terlelap sebab ambil bahan  terlarang dan punca mengantuk, dia marah pula," luahnya buntu.

Kebanyakan warga maya beranggapan suaminya terlibat dadah.

Kebanyakan warga maya beranggapan suaminya terbabit dadah.

Luahannya itu mendapat perhatian netizen, dengan ramai yang menasihatkan wanita tersebut supaya berbincang secara baik dengan suami dan cuba mencari penyelesaian sebelum mengambil keputusan drastik.

"Cepat siasat, takut ambil bahan terlarang sebab kuat tidur.

"Vape tu punca dia jadi macam tu, mungkin ada mushroom.

"Bukan nak hasut tapi kalau belum ada anak lagi dan rasa tersalah pilih, boleh berpisah," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain