suria

Perokok insaf lepas 26 hari bertarung sakit dalam wad, saksi budak muda mati akibat vape - “Luaran arwah nampak biasa je”

Pemuda ini mendedahkan dia dirawat di hospital selama 26 hari.

KISAH seorang lelaki yang sempat merakam video menyayat hati sebelum meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 7 Mei lalu terus menjadi bualan netizen.

Menerusi video itu, arwah yang dikenali sebagai Abang Rock berkongsi bagaimana amalan menghisap vape menjejaskan kesihatan jantungnya sehingga ia berfungsi pada kadar tiga peratus sahaja.

Susulan kisah itu, seorang lagi lelaki di aplikasi TikTok turut berkongsi kisahnya yang pernah berdepan situasi sama seperti arwah.

Stock photo for related issue. Photo of vape mods at one of the vape shop in Petaling Jaya. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. January 15, 2019.

Pelbagai jenis rokok elektronik yang menjadi kegilaan anak muda. -Gambar hiasan

Menerusi perkongsian tular itu, pemuda tersebut berkata dia pernah dirawat selama 26 hari di dalam wad akibat tabiat merokok.

"Al-Fatihah kepada arwah yang viral pasal vape tu. Dekat sini aku cuma nak beritahu, aku sakit paru-paru.

"Bertarung sakit selama 26 hari dalam wad. Sejujurnya walaupun aku tak hisap vape dan hanya perokok saja, risiko sakit tu tetap ada," ujarnya.

Masa dalam wad, ada pesakit lain umur 25 tahun yang hisap vape… dia meninggal dunia.

PEMILIK AKAUN TIKTOK

Imbas pemuda itu, dia juga sempat menyaksikan kematian seorang remaja ketika sedang dirawat di hospital.

"Masa dalam wad, ada pesakit lain... budak lagi umur 25 tahun yang hisap vape. Dia meninggal dunia. Luaran arwah nampak sihat saja, cuma batuk.

"Keesokan harinya dia meninggal dunia. Aku yakin, ada je orang yang nak berhenti merokok atau vape rasa susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah berasap 24 jam! Lelaki jauhi vape selepas seminggu di ICU, dada ditebuk... Simptom bermula masa jogging

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun jadi penghisap vape tegar, paru-paru budak 12 tahun rosak 100 peratus!

"Percaya semuanya pada hati dan bayangkan orang yang kita sayang, Insya-Allah," tulisnya sambil menambah dia juga sudah berjaya berhenti merokok.

Di sebalik perkongsian berunsurkan nasihat itu, pemuda tersebut berkata dia tetap menerima kecaman termasuklah dituduh cuba menjatuhkan peniaga vape.

"Ramai yang kecam bila aku cakap keburukan vape. Ada yang cakap sudah bertahun-tahun hisap vape okey je, saja nak jatuhkan orang yang berniaga vape.

"Yang kecam aku tu terpulanglah. Tapi kepada yang tengah berhenti merokok dan vape, semoga berjaya dan istiqamah," kongsinya lagi.

A group of peoples smoking at a public area near a bus stop at Damansara .AZHAR MAHFOF/The Star (29/10/2019)

Ramai tak hirau amaran tentang keburukan merokok. -Gambar hiasan

Perkongsian pemuda itu turut menerima pelbagai komen netizen termasuklah daripada individu yang turut melalui pengalaman serupa.

"Kenapalah taksub sangat sampai marah pasal vape atau rokok ni? Terima je hakikat yang ia membahayakan.

"Semoga diberi kesembuhan. Dulu pun saya pernah kena juga sebab hisap vape. Sekarang dah berhenti.

"Aku masuk wad bukan sebab vape. Tapi lepas keluar hospital, aku terus buang vape," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain