APA sahaja cara dan usaha sanggup dilakukan pasangan suami isteri yang mengimpikan kehadiran cahaya mata.
Menerusi beberapa siri hantaran, seorang wanita berkongsi pengalamannya berurut dengan seorang bidan sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.
"Pernah tak korang mengurut dan sepanjang tempoh tu, tukang urut asyik bercerita tentang macam mana dia boleh pandai mengurut.
"Pada masa sama, sesuatu yang aneh berlaku semasa tengah mengurut," demikian cerita wanita yang menggunakan akaun Wanie Noordin ini.
Perkhidmatan tukang urut atau bidan diperlukan oleh wanita lepas bersalin mahupun yang sedang berikhtiar zuriat.
Mengimbau kembali kejadian yang berlaku enam tahun lalu, ujarnya, dia dan suami cuba berikhtiar hamil selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.
Katanya, tukang urut wanita berkenaan dikenali menerusi carian di laman Facebook.
"Kemudian dia datang mengurut, katanya kena tiga malam berturut-turut.
"Malam pertama dia urut sebelah badan terutama bahagian paha, hampir dua jam urut kaki sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Beratur 18 jam nak jumpa ustaz, ikhtiar hamil sampai ke Melaka... Suami syukur isteri bunting lepas 7 tahun kahwin
ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali bersalin, wanita tak sangka keempat paling mendebarkan... Suami jadi bidan terjun sambut anak lahir di rumah
"Tempoh mengurut malam tu adalah empat jam 30 minit, baru selesai satu badan... masa ni terlintas 'biar betul empat jam'.
"Hati dah rasa tak sedap, terus hubungi suami suruh balik, jam masa tu pukul 12.45 pagi," ujarnya.
Menurut Wanie, dia bersyukur kerana suaminya terus datang apabila dihubungi.
"Suami masa ni rajin buat kerja sambilan dengan abang ipar dia.
Orang mengurut ni biasanya ada keturunan bidan, antara dua je, memang ada abiliti mengurut atau guna pengantara.
WARGA MAYA
"Sepanjang berurut tu, dia (bidan) cerita yang dalam ramai-ramai keluarga, semua orang tak mahu (warisi) ilmu berbidan.
"Disebabkan itu, dia terpaksa ambil sebab nenek dah nazak, jadi dia berkorban," tambah wanita ini.
Menurutnya lagi, 'ilmu' yang diwariskan dari generasi ke generasi sememangnya memerlukan kekuatan mental dan fizikal seseorang.
Susulan itu, kata Wanie, bidan yang mengurutnya mengalami demam dan sakit supaya dia dapat 'menerima' ilmu yang akan diturunkan kepadanya.
Warga maya turut berkongsi pengalaman mengurut masing-masing.
"Sakit yang saya pun tak tahu sakit apa, tapi katanya banyak kali pergi berubat sebelum sembuh dan sebelum dia boleh mengurut.
"Sepanjang berborak, dapat rasa dia mengurut dengan 'bantuan', tambahan pula masa tu dia cakap yang dia terpaksa ganti tugasan arwah nenek dia," tambahnya yang kini sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat kedua.
Meskipun berasa gerun dan bimbang, dia tetap meneruskan beberapa siri urutan bersama bidan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan wanita yang pernah mendapatkan perkhidmatan tukang urut, tampil berkongsi pengalaman.
"Kakak kedua saya, ada makcik tua mengurut untuk lepas bersalin, dia datang rumah... kemudian kakak dan anak-anak dia kerap demam, diaorang jadi takut ke dapur. Rupanya makcik tu letak polong atau ponti pada bahu kakak.
"Masa gugur anak pertama, ada mengurut dengan seorang makcik ni, awal tu elok je baca Bismillah, semasa berborak, tiba-tiba dengar dia mengumam bahasa yang pelik. Saya terus tanya, tapi dia cakap jangan takut sebab tu memuji tuhan dalam bahasa Jawa. Habis je sesi urut, sejam dua lepas tu nampak kesan-kesan lebam pada badan.
"Orang mengurut ni biasanya ada keturunan bidan, antara dua je, memang ada abiliti mengurut atau guna pengantara.
"Susah juga nak cari orang mengurut yang betul-betul, yang ramai untuk urutan spa... ikut rezeki, dapatlah yang bagus," demikian luahan warga maya.