suria

Lelaki ‘ratah’ adik ipar 16 tahun ketika tidur, perbuatan terbongkar selepas mangsa alami pendarahan teruk

Merogol adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa merogol adik iparnya yang baru berusia 16 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

Kejadian itu mengakibatkan remaja berkenaan mengalami pendarahan dan kesakitan pada bahagian sulit selepas dipercayai dipaksa melakukan hubungan tanpa kerelaan.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah rumah di daerah Luwu Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia, ketika mangsa sedang tidur di dalam biliknya.

Menurut laporan polis pada Ahad, suspek dipercayai masuk secara senyap ke dalam bilik mangsa sebelum bertindak berbaring di sebelah remaja itu dan membuka seluar pendeknya secara paksa.

Mangsa yang ketika itu berada bersendirian di rumah tidak sempat mempertahankan diri sebelum suspek bertindak merogol mangsa.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan serius dan pendarahan pada bahagian sulit sehingga memerlukan perhatian lanjut.

Suspek berjaya ditahan pada Isnin lalu dan kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Luwu Utara bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain