suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Direkrut lakukan jenayah, 3 pelajar sekolah ditahan rompak dan tikam warga emas

Remaja yang terlibat jenayah turut dikenakan hukuman tegas. -Gambar hiasan AI

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan pada Sabtu atas dakwaan terbabit dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah kediaman di wilayah Tochigi, Jepun.

Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah remaja berusia 16 tahun yang ditahan meningkat kepada tiga orang, selepas dua lagi remaja dipercayai turut direkrut melalui dalam talian untuk melaksanakan jenayah berkenaan.

Menurut pihak penyiasat, kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk rumah pada pagi Khamis lalu yang mengorbankan seorang wanita berusia 69 tahun, Eiko Tomiyama.

Dilaporkan, dua lagi penghuni rumah terbabit mengalami kecederaan akibat ditikam.

Dua remaja yang ditahan lebih awal didakwa merupakan pelajar di sekolah menengah yang sama di Sagamihara, wilayah Kanagawa, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai penglibatan pelajar sekolah dalam jenayah serius.

Dalam perkembangan berkaitan, polis turut menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai memandu kenderaan menggunakan nombor plat curi dan ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menyiasat sejauh mana penglibatan lelaki itu dalam insiden tersebut, termasuk kemungkinan kaitannya dengan kejadian cubaan rompakan di Tokyo pada Mac lalu yang dipercayai menggunakan kenderaan sama. -Agensi

Artikel Lain