SEORANG jurutera ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas mayatnya disumbat ke dalam tong plastik dan dibuang di kawasan longkang terpencil di Maharashtra, India. Mangsa dikenali sebagai Arbaz Maqsood Ali Khan, 26, dilaporkan hilang sejak 3 April lalu selepas memaklumkan kepada keluarga dia mahu ke Dadar atas urusan kerja.Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan kehilangan di Balai Polis Mumbra selepas telefon bimbit lelaki itu gagal dihubungi dan dia tidak pulang ke rumah.Berdasarkan laporan pada Sabtu, hasil siasatan polis membawa kepada seorang wanita berkahwin dikenali sebagai Mehjabeen Sheikh, 25, dari kawasan Vasai yang dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.Malah, hasil semakan rekod panggilan dan lokasi telefon mendapati mangsa sering berhubung dengan wanita terbabit sebelum kejadian.Polis percaya Mehjabeen meminta mangsa ke Vasai pada hari kejadian sebelum lelaki itu diserang beberapa individu termasuk suaminya, Hasan Sheikh, dan adik lelakinya, Tariq Sheikh.Berdasarkan hasil siasatan, mangsa didakwa diikat serta dipukul menggunakan paip sebelum dibunuh.Mayatnya kemudian disumbat ke dalam tong plastik besar sebelum dibuang ke kawasan longkang bagi menghapuskan bukti dan mengelirukan pihak berkuasa.Tambahnya, motif pembunuhan dipercayai berkait pertikaian kewangan serta rancangan pemerasan, selain konflik hubungan suspek yang semakin tegang."Kes berjaya dirungkai menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penjejakan telefon bimbit dan soal siasat terhadap suspek."Setakat ini, Mehjabeen dan Tariq sudah ditahan manakala usaha memburu Hasan Sheikh serta seorang lagi suspek masih dijalankan," jelasnya. -Agensi