suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu tergamak balut bayi 6 bulan dengan selimut, biar anak sesak nafas tanpa pengawasan

Membunuh anak dengan niat merupakan satu jenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita disyaki cuba membunuh bayi lelakinya yang berusia enam bulan dengan membalut mangsa menggunakan selimut sebelum meninggalkannya di dalam rumah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi pada Khamis, suspek dikenali sebagai Mei Hirashima, 30, dipercayai membalut bayi itu dengan selimut sebelum membiarkannya tanpa pengawasan.

Wanita itu ditahan polis di bandar Miyoshi, Aichi, Jepun susulan kejadian berkenaan.

Menurut laporan, Mei menghubungi talian kecemasan 110 dan memaklumkan bahawa bayinya mungkin mengalami sesak nafas pada sebelah petang, hari sama.

Kata pihak polis, Mei menafikan sebahagian dakwaan terhadapnya dan berkata dia sedar bayinya mungkin boleh meninggal dunia jika terus berada dalam keadaan dibalut selimut.

"Anak saya mungkin alami sesak nafas. Saya sangka dia akan mati jika terus dibalut dalam selimut itu.

"Tapi saya bukannya buat begitu dengan niat untuk membunuhnya," katanya menurut polis Jepun.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.

Siasatan lanjut mendapati Mei tinggal bersama suami serta dua individu lain, namun tiada seorang pun menyedari bayi tersebut berada dalam keadaan dibalut dengan selimut. -Agensi

Artikel Lain