Orang ramai dinasihatkan mencari tempat perlindungan yang selamat sekiranya berada di luar ketika hujan lebat dan ribut petir. -Gambar hiasan
SUASANA sebuah majlis tahlil bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut disambar petir ketika berlindung di kawasan tanah perkuburan awam (TPU), petang Khamis.Dalam kejadian tersebut, mangsa, Alit Rosandi, 42, penduduk Kampung Pelutan, Pemalang, Jawa Tengah, maut di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa, Maskuri, 60, dari Dusun Sikentu dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Menurut Ketua Polis Petarukan, AKP Amroni, kejadian berlaku ketika beberapa penduduk menghadiri majlis tahlil di TPU Dukuh Sikentu, Kampung Bulu.Hujan lebat bersama petir yang turun secara tiba-tiba menyebabkan orang ramai bertempiaran mencari tempat berteduh."Tiga penduduk berlindung berhampiran keranda di kawasan perkuburan tersebut."Ketika mereka berlindung, petir tiba-tiba menyambar dua mangsa, manakala seorang lagi terselamat walaupun berada di lokasi sama," ujarnya.Dalam pada itu, AKP Amroni menasihatkan orang ramai supaya segera mencari tempat perlindungan yang selamat sekiranya berada di luar ketika hujan lebat dan ribut petir berlaku. -Agensi