TAKTIK wanita menggoda dan mengajak seorang lelaki melakukan hubungan intim sebelum mencuri dompetnya berakhir dengan dia ditahan polis.Suspek diberkas selepas perbuatannya itu terbongkar susulan laporan dibuat mangsa berhubung kehilangan dompet berisi wang tunai dan beberapa dokumen penting. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Pontianak Timur, Indonesia manakala suspek berjaya ditahan di sebuah kampung pada Rabu lalu.Menurut laporan dibuat, mangsa merupakan lelaki pertengahan usia itu sedang berteduh di hadapan sebuah rumah ketika hujan turun sebelum didatangi suspek.Mangsa dikatakan cuba menolak ajakan ketika suspek menawarkan untuk melakukan hubungan intim tersebut.Wanita itu kemudian cuba memujuk mangsa dengan meraba dan meramas alat sulit sebelum mengambil kesempatan mencuri dompet lelaki berkenaan secara senyap.Mangsa dilaporkan kehilangan dompet yang mengandungi wang tunai sebanyak 3 juta rupiah (RM672) selain beberapa dokumen penting lain.Ketua Polis Pontianak Timur, AKP Tarminto dalam kenyataan pada Sabtu berkata, siasatan segera dijalankan sebaik menerima laporan daripada mangsa sehingga membawa kepada penahanan suspek.Menurutnya, ketika ditahan, sebahagian besar wang hasil curi dipercayai sudah dibelanjakan dan polis hanya menemukan baki tunai sebanyak 40,000 rupiah (sekitar RM8) sebagai barang bukti.Suspek kini ditahan di Balai Polis Pontianak Timur bagi membantu siasatan lanjut serta berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan. -Agensi