SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak mereka.
Kebiasaannya mereka tidak gemar orang lain campur tangan dalam urusan mendidik atau mengasuh si kecil.
Seorang ibu meluahkan rasa terkilan apabila wanita tak dikenali secara tiba-tiba menyampuk perbualan suaminya yang sedang mendidik anak mereka.
Anak-anak perlu diberikan penjelasan terhadap setiap larangan yang dikenakan. -Gambar hiasan
"Masa singgah stesen minyak, anak sibuk nak sebuku roti tapi suami cakap nanti tak habis, sebab kami biasa makan luar pada hujung minggu.
"Kemudian, anak minta air kotak, suami suruh ambil kotak kecil tak perlu beli yang besar.
"Tiba-tiba ada kakak ni masuk campur, dia kata kat anak ambil je yang besar dan dia akan bayarkan," ceritanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan kedekut beli mainan anak, anggap membazir... Kena sedar mak ayah pun tumpang rezeki mereka
ARTIKEL BERKAITAN: Bilik penuh mainan! Ramai kata membazir tapi pasangan ini ada sebab tak berhenti membeli... tahniah, kini anak sulung speech delay lebih peka
Apa yang membuatkan suaminya lebih tersentak apabila wanita itu menyatakan bahawa dia tidak sanggup melihat seorang bapa enggan membelikan makanan yang dimahukan anak.
"Suami selalu bawa anak ke situ, bukan dia tak bagi beli tapi nak ajar anak beli kotak kecil. Sebab boleh dikatakan memang hari-hari beli.
"Bila kakak tu menyampuk macam ni, dia dah kacau suami nak ajar anak untuk berjimat.
"Kita bukan tiada duit cuma nak ajar anak berbelanja berpada-pada," katanya.
Ada makcik tu tegur 'dengan anak pun nak kedekut'.
NETIZEN
Di hujung cerita, suaminya meminta wanita itu supaya tidak membayar air kotak berkenaan kerana dia sendiri mahu membayarnya.
"Ada terfikir tak kalau orang tu memang susah mampu belikan air kotak kecil je, bila ajar anak beli besar nanti dia mula demand.
"Saya tahu kakak tu niat baik, nak belanja tapi tengok situasi. Kita nak ajar anak jangan bazir," katanya.
Tambah wanita itu, suaminya bagai dimalukan di hadapan anak sendiri kerana orang luar sanggup menunaikan permintaannya.
Pandangan netizen.
"Dah macam malukan si ayah depan anak pula, ayah tak nak belikan orang luar ni boleh pula bagi. Tak sedap la bila jadi begitu.
"Akhirnya, suami belikan je roti dengan air kotak yang besar tu untuk anak sebab dah rasa kena perli dengan kakak tu," katanya.
Bagi netizen, perkara yang dialami suami kepada wanita berkenaan adalah lumrah kerana mereka sendiri pernah berdepan dengan situasi sama.
"Suami saya pernah kena dan dia balas 'jangan masuk campur, saya tengah didik anak saya, ajar anak masing-masing saja'.
"Saya pernah kena, masa tu anak merengek nak gula-gula tapi saya tak nak belikan sebab dia dah makan dalam kereta.
"Tiba-tiba ada makcik tu tegur 'dengan anak pun nak kedekut'," katanya.