suria

“Dia takut nak turun, bimbang kena pukul” - Pemilik Navara kes langgar lari kesal foto, alamat tersebar

Balan berkata dia tidak memandu trap pikap miliknya ketika kejadian berkenaan.

BUKAN saya yang memandu!

Demikian kata Balan Radhakrishnan, pemilik trak pikap Nissan Navara yang tular ekoran insiden langgar lari di Lebuhraya NKVE menghala ke Tol Jalan Duta.

Ketika dihubungi mStar pada Ahad, Balan, 39, berkata trap pikap yang dibeli pada tahun 2018 itu dipandu oleh saudaranya ketika kemalangan berlaku.

Balan membeli trap pikap itu pada tahun 2018.

"Lepas dia kemalangan, dia terus balik. Saya pula ada di Shah Alam. Dia datang dan ceritakan kepada saya. Saya tanya, kenapa tak berhenti? Dia takut nak turun, bimbang kena pukul.

"Kemudian saya terus ajak pergi buat laporan polis. Kami pergi ke balai polis dan dia ditahan. Selepas itu, baru saya tengok telefon dan perasan ramai orang hubungi saya.

"Rupa-rupanya gambar saya dan alamat rumah sudah tersebar. Saya risau keselamatan ibu bapa saya," ujarnya.

Saya tanya, kenapa tak berhenti? Dia takut nak turun, bimbang kena pukul.

BALAN RADHAKRISHNAN

PEMILIK NISSAN NAVARA

Menurut Balan, dia menggelarkan saudaranya itu sebagai 'adik' kerana hubungan mereka yang akrab.

Dalam pada itu, Balan turut membuat satu laporan polis di Balai Klang Selatan selepas maklumat peribadinya tersebar secara meluas di media sosial.

Tambah Balan, dia turut melihat video tentang dirinya dimuat naik ke laman Instagram penyanyi rap Caprice.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh hospital, mak ayah mengamuk kereta ‘total loss’! Anak cedera parah bergenang air mata - “Tak tanya pun OK ke tak?”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mangsa langgar lari Nissan Navara alami pendarahan di kepala, patah tulang rusuk

Enggan namanya terus dikaitkan, Balan memohon orang ramai agar  tidak menyebarkan maklumat yang salah kerana kes tersebut sedang disiasat pihak berkuasa.

"Saya nak minta semua bertenang, biar polis yang siasat. Kes pun dalam siasatan polis. Saya nak minta agar berhenti sebar tentang saya.

"Saya memang akan beri kerjasama kepada polis, sebab tu saya yang bawa dia (pemandu) ke balai. Dia tak ada kerja, jadi dia buat kerja jual-jual barang.

Kes langgar lar melibatkan Nissan Navara itu menjadi bualan hangat di media sosial.

"Ini juga bukan kali pertama dia pinjam kenderaan saya. Dia selalu pinjam kalau nak hantar barang," jelasnya lagi.

Antara lain, Balan turut memberi penjelasan tentang pelekat (sticker) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditampal pada trak pikap miliknya itu.

"Sticker itu saya dapat daripada kawan. Dulu dia ada event, tapi dia tak tampal pada kereta dia. Dia bagi kepada saya.

"Saya tiada niat lain. Saya cuma tampal sebab ia tertulis PDRM 4x4. Kita pun biasa buat bantuan banjir, sebab tu ada sticker ," jelasnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri cedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar oleh sebuah trak pikap pada Sabtu.

Suspek yang berusia 32 tahun direman dua hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain