suria

Suami T20 abai famili, sibuk main golf! Isteri baru habis pantang doa Allah bagi balasan setimpal, letih makan hati

Seorang wanita menjaga anak di rumah, manakala lelaki keluar bermain golf. -Gambar hiasan

SAKIT bersalin belum hilang, terasa hati dengan suami sendiri pula.

Hanya Tuhan saja yang tahu penderitaan dialami wanita ini selepas melahirkan anak kedua.

Manakan tidak, dia baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang, tapi suami lepas tangan untuk menjaga dirinya bersama anak-anak.

Ibu bapa perlu memberi perhatian penuh terhadap anak yang baru lahir. -Gambar hiasan

"Aku ada baby usia dua bulan dan anak kecil dua tahun. Dalam seminggu tiga kali pergi main golf. Sekali pergi main tu mesti ambil masa enam jam.

"Dah la aku jaga anak sendiri masa dia kerja, masa lepas kerja pun aku nak kena jaga juga. Salah ke kalau aku nak terasa hati?" luahnya di laman sosial.

Menurut wanita itu, dia sebenarnya pernah meluahkan apa yang terbuku di hati kepada suaminya, malah berkali-kali mengajaknya untuk berbincang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati isteri berbunga-bunga dapat ‘green light’ tak perlu masak setiap hari… Rupanya asbab suami BDR, nampak rutin suri rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja dari rumah, kenapa hantar anak ke taska? Wanita stres fikir 'mulut orang', dengar jawapan suami terus sejuk hati

Bukan mahu bergaduh, luahannya itu dibuat kerana mahu mencari penyelesaian terbaik antara suami isteri memandangkan isu tersebut masih berlarutan.

"Sebenarnya dah berdepan banyak kali, dah gaduh dah. Sampai tahap sekarang rasa diri saya yang bermasalah kot sebab asyik terasa hati.

"Saya cuba ya, sebab bincang baik-baik tak jalan. Bila kita cakap tentang orang lain dekat dia, dia kata kita ni isteri tak bersyukur. Saya pula sakit hati balik," ujarnya.

Dia ingat bini ni hamba abdi untuk seks dan lahirkan zuriat je ke.

NETIZEN

Namun, apa yang lebih membimbangkan perkara itu sedikit-sebanyak memberi kesan buruk pada dirinya bukan sahaja sebagai isteri tetapi juga ibu kepada dua anak.

"Saya pernah mengamuk, pernah burn out. Saya pernah jaga anak seorang menangis tak berhenti, seorang demam.

"Saya tak boleh marah lebih-lebih, nanti suami pun nak mengamuk juga. Sampai tahap saya minta Allah je balas," luahnya lagi.

Konflik rumah tangga kerana tiada persefahaman antara suami isteri. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa simpati terhadap dirinya dan anak-anak yang masih kecil.

Meskipun kedengaran ia merupakan masalah keluarga T20 berdasarkan si suami yang kerap bermain golf, namun ini tidak bermakna tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak boleh diabaikan.

"Apa punya suami boleh main golf sedangkan bini baru dua bulan bersalin ni. Orang lain anak sampai sekolah, suami duduk sebelah jaga sama-sama. Geram aku.

"Kasihan awak terabai. Patut awak ikut suami main golf. Minta orang gaji jaga anak. Dia pergi main golf, awak pergi shopping barulah adil. Dia ingat bini ni hamba abdi untuk seks dan lahirkan zuriat je ke.

"Kalau boleh main golf maknanya suami kau senang. Minta duit upah banyak untuk jaga anak. Banyak senang hidup dia," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain