suria

Terdesak cari duit, anak legenda muzik sanggup jual mata... Tawar harga RM90,000

Calvin sanggup menjual matanya demi kelangsungan hidup.

ANAK kepada pemuzik legenda Indonesia, Allahyrham Deddy Dores iaitu Calvin Dores sekali lagi mencuri perhatian apabila mendakwa sanggup menjual organ mata demi meneruskan kehidupan.

Menerusi hantaran di Instastory miliknya, Calvin secara terbuka menawarkan mata kanan atau kirinya untuk tujuan transplan kerana terdesak mencari modal perniagaan.

“Kalau ada yang nak transplan mata, saya jual mata kanan atau kiri ini buat modal perniagaan,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Calvin turut mengakui dia kini hidup tanpa pendapatan tetap dan semakin terhimpit dengan masalah kewangan.

Calvin yang kini berusia 36 tahun, turut menetapkan harga sebanyak Rp350 juta (kira-kira RM90,000) sebagai tawaran penjualan organ matanya. 

“Penat hidup macam ini. Memang tiada kemasukan wang langsung. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita jual gambar bogel, terdesak nak bayar hutang kad kredit

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kerana terdesak, Pinkan Mambo jadi penyanyi jalanan sebab kecil hati

“Rp350 juta saya lepaskan, saya reda,” ujarnya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Calvin berkongsi kesempitan hidup dialaminya. 

Sebelum ini dia pernah menjual seluar peribadi demi membeli makanan selain mahu melelong gitar peninggalan arwah bapanya pada tahun 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain