suria

Bukan kerana terdesak, Pinkan Mambo jadi penyanyi jalanan sebab kecil hati

Pinkan kini selesa bergelar penyanyi jalanan.

AKSI penyanyi Pinkan Mambo membuat persembahan jalanan kebelakangan ini mencuri tumpuan ramai sehingga ada yang menyangka dia kekurangan tawaran kerja.

Menafikan perkara tersebut, suami Pinkan iaitu Arya Khan, tampil menjelaskan alasan penyanyi itu kini lebih gemar mencari rezeki dengan membuat persembahan di tempat awam.

Menurut Arya, meskipun Pinkan mampu mendapatkan tawaran menyanyi di acara besar atau stesen televisyen, dia memilih untuk menolak.

Aksi Pinkan mencuri tumpuan ramai. 

“Dia boleh mendapatkan bayaran lumayan dengan cara mudah atau menyanyi di kafe. Namun, ada rasa ‘sakit’ dalam dirinya ketika dia melalui fasa kesusahan. Ramai yang memberi undangan menyanyi dengan merendahkan dirinya,” ujar Arya.

Tambahnya, Pinkan sebelum ini pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila ada pihak yang menganggap dia terdesak untuk menerima undangan menyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi tepi jalan bukan terdesak, Pinkan Mambo mahu setaraf Blackpink 

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video Pinkan Mambo cari rezeki, sanggup terbaring tengah jalan sambil menyanyi

Disebabkan itu, isterinya berkecil hati meskipun sebelum ini pernah tampil dengan lagu popular yang mendapat sambutan baik.

“Hatinya sakit apabila ada yang berkata, ‘terima sahaja kerja ini daripada tiada kerja langsung’,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain