suria

Dahulu penghibur, kini pelakon senior terpaksa jual mainan guna kerusi roda

Keadaan terkini Pak Tarno undang perhatian ramai.

PELAKON senior Indonesia, Sutarno mencuri perhatian ramai apabila dilihat berniaga mainan kanak-kanak menggunakan kerusi roda di pinggir jalan.

Sutarno atau lebih dikenali sebagai Pak Tarno, 74, mencetuskan rasa sebak dalam kalangan peminat apabila dilihat gigih menjual pelbagai jenis mainan meskipun pergerakannya terbatas.

Difahamkan, dia kini berdepan masalah kesihatan selepas diserang strok yang menjejaskan keupayaannya untuk bergerak seperti biasa.

Kesihatan Pak Tarno merosot selepas diserang strok. 

Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki sempat menyapa dan bertanyakan keadaan dirinya yang kelihatan lemah.

Walaupun dalam keadaan uzur dan memerlukan bantuan, Pak Tarno tetap memberikan jawapan positif tanpa mahu menyusahkan orang lain.

"Bisa, bisa (boleh, boleh)," jawab Pak Tarno ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ponteng kelas, Byul dibuang universiti… Terlalu sibuk sampai gagal tamat pengajian

ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi ngeri dorong penyanyi tinggalkan dunia seni, pilih kerjaya sebagai dukun

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tersentuh melihat kegigihan pelakon berkenaan mencari rezeki.

"Dulu kita kenal beliau dari TV, bikin ketawa. Sekarang Pak Tarno masih berjuang cari rezeki.

"Kesian lihat keadaannya sekarang. Harap baik-baik sahaja," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain