PENYANYI rap, Offset dilaporkan cedera selepas ditembak individu tidak dikenali di Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Florida, Amerika Syarikat, pada petang Isnin.Jurucakap penyanyi itu bagaimanapun mengesahkan bahawa Offset kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital. "Kami sahkan Offset telah ditembak dan kini sedang menerima rawatan di hospital. Keadaan Offset dilaporkan stabil. "Keadaannya kini stabil dan dipantau dengan rapi," katanya.Menurut laporan pihak polis, insiden tembakan berlaku sekitar pukul 7 malam.Selain Offset, seorang mangsa lain turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital di wilayah Hollywood.ARTIKEL BERKAITAN: Offset dakwa isteri curang, Cardi B mengaku main kayu tiga ketika hamilARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas fail cerai terhadap Offset, Cardi B umum hamil anak ketigaPihak berkuasa telah menahan dua individu berkaitan insiden tersebut dan siasatan masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian."Siasatan masih lagi berjalan. Lokasi kejadian juga sudah aman dan tidak memberi ancaman kepada orang awam," jelas polis. Sehingga kini, motif tembakan masih belum diketahui dan pihak polis terus mengumpul maklumat daripada saksi serta memeriksa rakaman kamera keselamatan di kawasan berkenaanJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube