suria

Selalu ponteng kelas, Byul dibuang universiti… Terlalu sibuk sampai gagal tamat pengajian

Byul selesa fokus kepada keluarga.

PENYANYI Byul secara terbuka mendedahkan dia pernah dibuang daripada terus melanjutkan pengajian di sebuah universiti terkemuka di Korea Selatan. 

Menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, penyanyi berusia 42 tahun itu dilihat berjalan di sekitar kawasan Daehak-ro sebelum singgah berhampiran pusat seni persembahan universiti lamanya.

Walaupun kelihatan teruja kembali ke lokasi yang penuh dengan kenangan, Byul tampil jujur mengenai perjalanan pendidikannya.

Byul bahagia hidup bersama Haha.

 

“Saya sebenarnya dibuang dari universiti,” katanya secara terbuka.

Menurut Byul, pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang salah faham, khususnya berkaitan isu pemalsuan kelayakan akademik.

Jelasnya, kegagalan memenuhi kehadiran minimum yang ditetapkan pihak universiti menjadi punca dia tidak dapat menamatkan pengajian.

“Ramai mungkin sangka saya graduan universiti, tapi sebenarnya tidak,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu ia mesej daripada Tuhan” - HaHa dapat petunjuk dalam mimpi, nampak wajah bakal isteri sebelum kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: HaHa mahu anak balas dendam bagi pihaknya

Tambahnya lagi, dia memasuki universiti tersebut melalui saluran biasa dengan menduduki peperiksaan serta ujian praktikal, bukannya melalui sebarang kemasukan khas.

Dalam pada itu, Byul mengakui kerjayanya dalam industri hiburan yang bermula seawal usia 19 tahun menjadi cabaran besar untuk membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya.

Pun begitu, dia kini lebih bahagia menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Haha sejak 2012, selain dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain