suria

HaHa mahu anak balas dendam bagi pihaknya

HaHa dan Byul telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

PENYANYI Byul mendedahkan suaminya yang juga penyanyi HaHa mahu anak sulung mereka iaitu Dream membalas dendam terhadap industri muzik bagi pihaknya.

Menurut laporan Soompi, ketika temu bual bersama program KBS 2TV’s quiz show “1 vs. 100”, Byul memberitahu HaHa mahu anak mereka menjadi seperti anggota kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon apabila sudah dewasa.

Bagaimanapun, wanita itu tidak pasti bahawa anaknya akan bekerja dalam industri muzik memandangkan Dream seakan-akan tidak mempunyai bakat menyanyi.

"HaHa pernah menyuruh anak kami balas dendam untuknya dan saya tak tahu kenapa dia berkata sedemikian tapi HaHa mahu Dream menjadi seperti G-Dragon bila sudah dewasa.

"Tapi saya tidak rasa, Dream bekerja dalam bidang muzik sebab saya pernah dengar dia menyanyi tapi bakat nyanyianya belum ada lagi,” katanya.

HaHa, Byul

Artikel Lain