suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertunangan Ariana Grande, Pete Davidson berakhir

Ikatan pertunangan penyanyi Ariana Grande dan Pete Davidson sudah berakhir.

IKATAN pertunangan di antara penyanyi Ariana Grande dan bintang Saturday Nite Live (SNL), Pete Davidson dilaporkan sudah berakhir.

E Online melaporkan penyanyi berusia 25 tahun itu memutuskan hubungan mereka pada Ahad lalu selepas merasakan sekarang bukan masa sesuai untuknya menjalinkan hubungan cinta.

Berita perpisahan pasangan itu berlaku sebulan selepas bekas teman lelaki Ariana, Mac Miller ditemui mati pada usia 26 tahun dipercayai akibat penggunaan dadah secara berlebihan.

"Ia terlalu sukar buatnya (Ariana) buat masa ini... Ia bukan sesuatu yang mengejutkan sebenarnya," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Bagaimanapun baik Ariana atau Pete, 24, masing-masing masih mengunci mulut mengenai berita perpisahan itu.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan pada awal tahun ini sebelum mengumumkan pertunangan mereka pada Jun lalu.

Ariana Grande, Pete Davidson

Artikel Lain