suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petisyen desak BTS dibubarkan kerana sikap sombong

Kumpulan BTS sedang mengecap populariti luar biasa di seluruh dunia ketika ini.

SERAMAI 3,500 orang telah menandatangani petisyen bagi mendesak kumpulan Kpop terkenal BTS dibubarkan.

Koreaboo melaporkan petisyen itu diwujudkan ekoran sikap anggota kumpulan itu yang semakin sombong selepas berjaya mencipta nama di seluruh dunia.

Malah ada tidak berpuas hati apabila terdapat cadangan untuk mereka memperoleh pengecualian bagi menyertai latihan ketenteraan kerana telah mengharumkan nama Korea Selatan di mata dunia menerusi muzik mereka.

Isu pengecualian menyertai tentera menjadi perdebatan hebat dalam kalangan rakyat Korea Selatan yang merasakan ia tidak perlu dilakukan.

Kerajaan negara itu dikatakan mencadangkan pada Julai lalu agar pengecualian itu diberikan kepada selebriti berpengaruh dan BTS bakal menjadi kes pertama seumpamanya.

Bagaimanapun petisyen itu masih jauh daripada sasaran iaitu 200,000 tandatangan selain peminat setia BTS pula memulakan kempen bagi menentang pembubaran kumpulan itu.

Dalam pada itu menerusi laporan Kpop Herald pada 11 Oktober lalu melaporkan, Menteri Kebudyaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan iaitu Do Jong-Hwan telah  menjelaskan semua ahli kumpulan itu perlu menyertai latihan ketenteraan dan tiada pengecualian terhadap mereka.

BTS

Artikel Lain