suria

Baru sebulan nikah... Netizen kongsi foto terkini isteri Virgoun, dakwa sedang sarat hamil

Isteri Virgoun (dua dari kanan) didakwa sedang sarat hamil.

SELEPAS sebulan mendirikan rumah tangga, isteri kepada penyanyi Virgoun iaitu Lindi Fitriyana didakwa kini sedang sarat mengandung. 

Dakwaan itu timbul selepas tular foto di TikTok memaparkan Virgoun dan Lindi berada di ruang menunggu di sebuah pusat perubatan. 

Dalam hantaran dibuat, individu berkenaan meminta orang ramai untuk meneka siapakah yang ditemuinya di hospital tersebut. 

Netizen mempersoalkan tarikh nikah Virgoun dengan tempoh kehamilan isteri.

"Cuba teka saya jumpa siapa," tulisnya. 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat penampilan Lindi yang jelas kelihatan perutnya semakin membesar. 

"Nampak gaya seperti sudah hamil lapan bulan, walhal baru nikah sebulan lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak jawab dakwaan isteri Virgoun hamil sebelum nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun tamat zaman duda, pilih bulan Ramadan untuk kembali bernikah

"Wah, nampak macam penyanyi (Virgoun) itu ya. Sudah besar perut isterinya," tulis netizen. 

Sebelum ini, bekas kekasih Virgoun iaitu Luna Alhamdy Putri dipercayai menyindir penyanyi berkenaan dan isterinya apabila memuat naik hantaran di media sosial dengan lagu latar berjudul Hamil Duluan sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. 

Menjawab dakwan itu, kakak Virgoun iaitu Febby Carol memberi respons terhadap isu yang tersebar dengan memberitahu dia tidak mahu memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk menyebarkan fitnah dan cuba menjatuhkan nama baik adiknya.

Untuk info, ini merupakan perkahwinan kedua Virgoun selepas sah bercerai dengan penyanyi Inara Rusli pada November 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain